Thursday, February 17, 2011

Siapa Rasulullah di hati kita?


"Ummati.. ummati.. ummati.." itulah kata-kata yang diulang-ulang oleh Rasulullah SAW kala sakaratulmaut tiba ingin merenggut nyawa baginda. Betapa kasih dan cinta baginda Nabi kepada kita umatnya. Sanggup baginda memohon supaya segala derita sakarat umat diberikan kepadanya.

Tapi... kita?

Di mana Rasulullah SAW di hati kita? Apakah dengan membawa sepanduk dan berarak beberapa kilometer cukup untuk membuktikan cinta dan kasih kita kepada Nabi SAW?

Lalu kita harus muhasabah diri, apakah telah kita lakukan apa yang baginda suruh dan meninggalkan apa yang baginda larang? Berkata memang mudah "aku cintakan Allah dan Rasulnya.." tapi dalam masa yang sama menikam nombor, meninggalkan solat, membiarkan anak isteri bergelumang maksiat, tidak menutup aurat dan sebagainya.

Sabda Nabi SAW

"لا يؤمن احدكم حتى اكون أحب اليه من ولده ووالده والناس اجمعين
رواه البخاري

‘tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah aku menjadi orang yang paling dikasihi lebih dari anak pinaknya, ibubapanya, dan manusia yang lain..’

Apakah kita merasakan kita sudah hampir sempurna iman sedangkan kita jauh dari berpegang kepada dua perkara yang ditinggalkan Nabi SAW yakni al-Quran dan hadis.

Tidak salah menyambut Maulidurrasul dengan perarakan, tetapi jika dalam sambutan itu bercampur dengan perkara haram dan berlebih-lebihan maka haram juga hukumnya. Contoh pembaziran ialah kos membuat sepanduk, bukan berpuluh ringgit tetapi beratus-ratus ringgit. Jika membayar saguhati untuk ceramah maulud rasanya boleh dibuat di setiap kampung. Menyedarkan mereka bahawa pentingnya mengingati dan meraikan hari kebesaran dalam Islam. Bukanlah bayaran kepada ustaz menjadi isunya, kerana pergerakan ustaz ke tempat ceramah dan kesudian mereka meluangkan masa harus diambil kira.

Kenapa program hiburan kerajaan tidak kisah habis berjuta tetapi untuk membuat ummat faham Islam para guru yang tidak berpendapatan tinggi tidak perlu dihargai dengan saguhati minyak kereta?

Setelah kita tidak peduli nasihat nabi dan sahabat, maka bertanyalah soalan ini kepada diri sendiri "aku ni nak syurga ke neraka!

produk ajaib menyembuhkan penyakit dengan izin Allah lawati http://teknonanolah.blogspot.com/

Sunday, February 13, 2011

Perkara yang mesti kita jaga

6 Perkara yang mesti kita jaga

1-Memelihara Agama- memelihara supaya kita tidak menjadi kafir, tidak meninggalkan perkara wajib, tidak melakukan perkara haram dan memelihara Silatul Rahim.

2-Memelihara Diri- memelihara diri daripada perkara membinasakan dan memudharatkan.

3-Memelihara Akal-memelihara akal agar sihat dan suci supaya dapat beribadat kepada Allah SWT.

4-Memelihara Keturunan-memelihara zuriat agar tidak terhasil zuriat daripada zina.
Jagalah anak kerana mereka adalah amanah Allah, dan akan ditanya di akhirat nanti.

5-Memelihara Kemaluan-memelihara agar kemaluan tidak mengikut hawa nafsu sehingga boleh menimbulkan fitnah atau tuduhan jahat.

6-Memelihara Harta- memelihara agar segala harta kurniaan Allah SWT tidak digunakan ke jalan maksiat.

Rasulullah SAW tersenyum sambil bersabda, Apabila kamu:

1-Membaca surah AlIkhlas sebanyak tiga kali. seolah-olah engkau telah mengkhatamkan Al-Quran.
2-Apabila engkau berselawat kepadaku dan kepada para nabi sebelumku, sesungguhnya kami telah memjadi penolongmu di Akhirat nanti.
3-Dengan engkau memohon keampunan kepada semua orang beriman, maka mereka telah meredhai engkau.
4-Jika kamu menyebut Subhanallah. sesungguhnya engkau telah menunaikan haji dan umrah.

sumber: Kitab 1001 Feqah Nasihat

Friday, February 11, 2011

Hukum Menyambut Valentine




Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.


sila ke web e-fatwa kalau tak percaya lagi

Janganlah kita tergolong dalam golongan yang celaka, masuk geng ahli neraka.. na'uzubillahi min zalik

Thursday, February 10, 2011

Kuasa Face Book runtuhkan Regim Mubarak




Wa'il Ghonim- pencetus revolusi Mesir kini. Melalui laman web Face Book 'Kulluna Khaled Sa'id' - berjaya mengajak rakyat Mesir bangkit menjatuhkan Rejim Husni Mubarak.

Pencipta Face Book barangkali tidak menjangka FB boleh mencipta revolusi. Tunisia, Mesir, entah mana negara lagi.

Pemuda 30an ini - kini muncul di Dream Channel - satelite tv Mesir - http://www.youtube.com/watch?v=fSKuFpSJzMU&feature=related dengan isakan dan tangisan tetapi pendirian yang tidak tergugat - selepas 10 hari menjadi 'tamu' polis rahsia Mesir, bermula sehari selepas rakyat Mesir membanjiri Tahrir Square.

'Kulluna Khaled Sa'id - atau We are all Khaled Sa'id' http://www.youtube.com/watch?v=fSKuFpSJzMU&feature=related bermula sebagai dedikasi sekumpulan anak muda Mesir terhadap Khaled Sa'id - anak muda Mesir berusia 28 tahun yang dibunuh secara kejam oleh dua orang polis Mesir.

Khaled, telah muat turun dalam You Tube imej polis Mesir sedang membahagikan wang dengan pengedar dadah. Ia menimbulkan kemarahan polis. Ia diburu.

Saksi-saksi melihat bagaimana Khaled diambil oleh dua anggota polis, kepalanya dihantuk ke dinding dan tangga bangunan sehingga mati. Mayatnya dicampak di tepi jalan dan selepas post mortem, polis mengeluarkan kenyataan Khaled mati kerana terlebih mengambil dadah.

Dalam kenyataannya, polis menyatakan tiada kecederaan parah bagi Khalid.

Kematian Khaled menimbulkan kemarahan anak muda Mesir yang telah sekian lama menyaksikan kekejaman polis Mesir dalam berbagai cara. Ditambah dengan pembohongan dan rasuah.

Khaled serta merta menjadi simbol kebangkitan anak muda Mesir. Fotonya terpampang di sudut laman Kulluna Khaled.

Selepas anak muda Tunisia - Bu Azizi - menjadi simbol kebangkitan anak muda Tunisia - dan berjaya menghalau Presiden Tunisia lari ke luar negara - anak muda Mesir mendapat inspirasi dan semangat untuk bangkit tidak tertahan lagi.

25 Januari lalu kebangkitan bermula. Wa'il Ghonim - pakar IT yang bekerja dengan Google di Dubai bergegas pulang untuk menyertai anak muda Mesir lain yang telah menyahut seruan laman FB mereka. Keesokan harinya, beliau ditahan.

Keluarga dan majikannya cuba mengesan jejak beliau tetapi gagal. Tidak ada sebarang berita mengenai di mana beliau berada, sehingga lah beliau muncul di kaca TV Dream Channel.

Sebelum beliau ditahan, beliau telah memberikan password kepada rakannya yang lain. Hanya kini, beliau mengetahui rakannya telah terbunuh dalam kebangkitan kini.

Dalam wawancara yang boleh disaksikan di You Tube, Wa'il menegaskan kebangkitan rakyat Mesir hanya untuk menuntut hak mereka yang sah, kebebasan bersuara, keadilan dan keselamatan. Serta pembelaan terhadap mereka yang telah dizalimi. Mereka bangkit bukan untuk menimbulkan huru hara. Kerana itu, beliau merasa kesal adanya kematian baik di pihak orang awam termasuk rakan-rakan beliau mahu pun anggota keselamatan. Kesemua mereka, kata Wa'il, adalah syahid.

Tidak ada pihak yang patut menekankan ideologi mereka dalam kebangiktan sekarang. Tetapi nasib rakyat Mesir lah yang menjadi agenda sebenar.

Beliau menyebut bahawa beliau bukan agen mana-mana pihak sekalipun pihak polis cuba menekan beliau mengaku menjadi alat pihak lain semasa dalam tahanan. Katanya, keluarga beliau adalah kaya raya dan beliau sendiri mempunyai pendapatan lumayan dengan kereta besar dan kehidupan mewah di Dubai. Kerana itu, beliau tidak perlukan sogokan tetapi atas cintanya terhadap Mesir yang telah porak poranda oleh regim yang ada, beliau memberanikan diri mencetuskan kebangkitan ini. Beliau hanya ingin bersuara bagi pihak yang teraniaya dan majoriti rakyat Mesir yang miskin.

Beliau tidak mahu digelar hero atas kebangkitan ini kerana hero yang sebenar adalah rakyat Mesir yang telah berani bangkit. Semua yang telah terkorban dan anak muda yang sanggup bertahan di Medan Tahrir hingga kini, sudah hampir dua minggu.

Wa'il Ghonim tidak mengambil masa yang lama selepas pembebasannya untuk bersama di Medan Tahrir. Sekalipun isterinya, rakyat Amerika beragama Islam sedang menunggu di Dubai dan bapanya berada di Saudi.

Kita boleh bayangkan bahawa Husni Mubarak tidak mempunyai pilhan melainkan berundur.

Dalam rangka mengekang kebangkitan menerusi kemudahan Twitter dan FB, kerajaan Mesir menyekat laluan internet selama tiga hari, minggu lalu. Ia dibuka semula kerana hasil sekatan itu, lebih ramai anak muda membanjiri Medan Tahrir kerana mereka tidak lagi dapat merayau di alam maya, ber chit chat dan FB atau bermain on line game. Memang sangat menakjubkan!

Kepalsuan propaganda media Mesir juga terdedah dengan mudah dengan kemudahan FB dan internet.

Umpamanya kononnya letupan bom di Gereja Koptik baru ini dilakukan oleh Hamas, terdedah ianya dilakukan oleh polis rahsia Mesir sendiri.

Percubaan memainkan sentimen agama - sama seperti berlaku di bumi One Malaysia - digagalkan oleh imej-imej pemuda Islam yang sedang bersolat di depan kereta perisai tentera Mesir dilindungi oleh pemuda Kristian Mesir yang bersalib dan pemuda Kristian yang bersembahyang pada hari Ahad di Medan Tahrir dilindungi pula oleh Pemuda Muslim! Ia imej kesatuan hati dan budi yang luar biasa dari kebangiktan ini!

Isra' Abdul Fatah - pemudi Mesir adalah antara pencetus revolusi yang lain. Peranan gadis muda ini yang giat menerusi lamannya, menyatakan, revolusi hanya boleh berlaku bila mana semua orang benar-benar pergi berhimpun di Medan Tahrir dan tidak hanya berada dalam alam maya. Beliau pernah dipenjara selama lapan belas hari. Imej You Tube penuh emosi pada hari beliau dibebaskan dari tahanan sudah cukup membangkitkan sentimen anak muda Mesir. "Jika Mubarak membohongi rakyat Mesir selama tiga puluh tahun, adakah beliau akan bercakap benar beliau akan berundur seleosa September?" Tanya Isra'.

Di depan pemuda seperti Wa'il dan pemudi seperti Isra' - regim Mubarak sudah hilang legitimasinya dan menunggu masa untuk runtuh.

Kebobrokan Mubarak yang merata dan kekejaman yang lama, dengan menutup pintu kebebasan samada melalui pilihanraya palsu mahupun pembohongan media, serta membina rangkaian korupsi yang kian membarah, kini berhadapan dengan pembalasan dari rakyatnya sendiri.

sumber; facebook

catatan penulis- kerana itu desas desus facebook dan tweeter kononnya akan ditutup di Malaysia tidak lama lagi... lenapa? haaa pikir la sendirii
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...