Friday, February 15, 2013

Keistimewaan hari Jumaat

Muslim tanpa kira status berkumpul solat bersama sebelum bertebaran cari rezeki

Firman Allah SWT: “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala kea daan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat).” (Surah al-Jumu'ah, ayat 10) 
Setelah Allah SWT memerintahkan kepada orang yang beriman supaya menunaikan solat Jumaat dan mening galkan urusan jual beli pada ayat ke sembilan surah al- Jumu’ah, maka ayat seterusnya Allah SWT memerintahkan masing-masing segera keluar mencari rezeki Allah di muka bumi ini. 
Dan yang lainnya orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki daripada limpah kurnia Allah Surah al-Muzammil (ayat 20)
 Di atas keyakinan dan kefahaman kepada ayat ini, seorang tabiin bernama Irak Bin Malik berdoa selepas solat Jumaat di hadapan pintu masjid: “Ya Allah, aku telah menyahut seruan-Mu, aku telah menunaikan solat seperti yang Engkau fardukan dan aku keluar seperti mana yang Engkau perintahkan, maka kurniakanlah kepadaku da ripada kurnia-Mu kerana Engkau adalah sebaik-baik pem beri rezeki.”

Penghulu hari

Allah SWT menjadikan Jumaat hari yang sangat is timewa sehingga digelar penghulu segala hari. Kelebihan hari Jumaat dapat kita fahami melalui hadis Rasulullah SAW: “Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari yang paling agung di sisi Allah, ia lebih besar di sisi Allah dari hari raya Aidiladha dan Aidilfitri. Padanya ada lima perkara, iaitu hari Allah menjadikan Adam, hari Allah menurunkan Adam ke bumi, padanya Allah me matikan Adam dan padanya juga ada satu saat apabila seseorang itu tidak memohon sesuatu melainkan Allah memberikannya selagi dia tidak memohon sesuatu yang haram dan padanya (hari Jumaat) berlakulah hari kia mat.” (Riwayat Ibnu Majah) 

Jumaat adalah hari yang Allah hadiahkan kepada umat Islam. Pernah satu ketika Bani Israel meminta daripada Nabi Musa satu hari untuk mereka berehat dan me numpukan pada amal ibadah. Lalu Nabi Musa men cadangkan mereka memilih Jumaat tetapi orang Yahudi menolaknya dan memilih Sabtu. 

Jika diteliti, Ahad dikira sebagai hari pertama se hinggalah Khamis sebagai hari kelima berdasarkan hi tungan hari dalam bahasa Arab. Manakala Jumaat tidak disebut sebagai hari keenam kerana Allah memberi ke istimewaan yang tinggi pada hari itu dengan panggilan Jumaat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...