Friday, June 5, 2015

Khutbah Jumaat sempena gempa

[05/06 11:06 am] mat razali: السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Pada hari yang mulia ini, marilah kita menjadi hamba Allah swt yg bertaqwa. Kita melaksanakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan Allah. Mudah-mudahan Allah matikan kita sebagai hambaNya yg bertaqwa.

Firman Allah swt :-

إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ زِلْزَالَهَا (1) وَأَخْرَجَتِ الْأَرْضُ أَثْقَالَهَا(2) وَقَالَ الْإِنسَانُ مَا لَهَا(3) يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا (4) بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَى لَهَا(5) يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِّيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ (6) فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ (7) وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ (8)

Maksudnya :-

Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, Dan bumi telah mengeluarkan segala isinya, Dan manusia berkata (dalam ketakutan): Apa yang sudah terjadi kepada bumi? Pada hari itu bumi menceritakan berita-beritanya: Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berbuat demikian). Pada hari itu manusia akan keluar dari kubur masing-masing dalam keadaan berselerak untuk diperlihatkan (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan melihat (pahalanya). Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan melihat balasannya! (SURAH AZ-ZALZALAH)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah swt,

Surah al-Zalzalah mempamerkan suasana manusia ketika dikeluarkan dari kubur masing-masing, mereka dibawa untuk menjalani sesi hisab dan jaza`(pembalasan) sebelum dimasukkan sama ada ke syurga atau neraka. Dalam sesi ini, amalan setiap orang akan dihisab sama ada baik dan buruk, kecil atau besar, semuanya akan dibalas.

Mufassirin berbeza pendapat pada menentukan surah ini sama ada Madaniyyah atau Makkiyyah, namun uslub dan pengungkapannya mencerminkan nuzulnya di Makkah. Sayyid Qutb didalam tafsir fii zhilalil Quran lebih cenderung kepada pendapat kedua ini.

Namun difahamkan daripada riwayat Abu Sa`id al-Khudri ra ia diturunkan di Madinah. Kata Abu Sa`id:

لَمَّا أُنْزِلَتْ " فَمَنْ يَعْمَل مِثْقَال ذَرَّة خَيْرًا يَرَهُ وَمَنْ يَعْمَل مِثْقَال ذَرَّة شَرًّا يَرَهُ " قُلْت يَا رَسُول اللَّه إِنِّي لَرَاءٍ عَمَلِي ؟ قَالَ " نَعَمْ " قُلْتُ تِلْكَ الْكِبَار الْكِبَار ؟ قَالَ " نَعَمْ " قُلْت الصِّغَار الصِّغَار ؟ قَالَ " نَعَمْ" قُلْت وَاثُكْلَ أُمِّي[729]

Terjemahan: Tatkala diturunkan ayat “.. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan melihat (pahalanya). Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan melihat balasannya!” Aku (Abu Sa`id al-Khudri) bertanya: Bolehkah aku melihat (pahala) amalan-amalanku? Sabda Nabi saw: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah aku dapat melihat balasan dosa-dosaku yang besar? Sabda Nabi saw: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah aku dapat melihat balasan dosa-dosaku yang Kecil? Sabda Nabi: Ya. Aku berkata: Oh, malangnya nasibku.

Riwayat ini menjadi hujah kerana Abu Sa`id al-Khudri memeluk Islam sepuluh tahun sebelum Hijrah. Ini bermakna beliau belum baligh pada ketika surah ini diturunkan. Al-Maududi lebih cenderung kepada pendapat pertama.

Sidang Jumaat Yang Berbahagia ,

Tema surah ini ialah “Hari Hisab dan Pembalasan”. Surah ini mengandungi dua tajuk utama iaitu:

Pertama: Keterangan mengenai kejadian gempa bumi yang berlaku pada hari kiamat, segala makhluk yang ada dipermukaannya semuanya runtuh dan manusia yang telah mati mula keluar dari kubur masing-masing.

Kedua: Membicarakan manusia berduyun-duyun ke tempat perhimpunan untuk mendengar pembalasan atas amalan yang mereka kerjakan ketika di dunia dahulu. Pada hari ini, manusia terbahagi kepada dua golongan iaitu mukmin yang mendapat balasan yang cukup baik dan kafir yang rugi kerana tiada amalan baik yang diterima Allah daripada mereka.

Sidang Muslimin yang dirahmati Allah swt ,

Pagi ini, rakyat di Negeri Sabah telah dikejutkan dengan kejadian gempa bumi yang dirasai sebahagian tempat di negeri Sabah. Gegaran yang dirasai ini telah menimbulkan resah dan panik dalam kalangan masyarakat. Gegaran yang dianggarkan berlaku pada sekitar jam 7-8 pagi tadi turut melibatkan kerosakan kecil bagi sesetengah tempat.

Muslimin yang dikasihi Allah swt,

Firman ALLAH yang bermaksud, “Sungguh Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, dan Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan Dia pasti mengetahui orang yang dusta.” (Al-Ankabut: 3)

Imam Ibnu Katsir rh. menjelaskan dalam tafsirnya: “(Agar dibezakan) orang yang benar dalam pengakuannya dari orang yang dusta dalam ucapan dan pengakuannya. Sedangkan Allah SWT Maha Mengetahui apa yang telah terjadi, yang sedang terjadi, dan yang akan terjadi. Allah juga mengetahui cara terjadi sesuatu bila hal itu terjadi. Hal ini adalah ijma’ para imam Ahlus Sunnah wal Jamaah.”

Maka sikap kita tatkala menghadapi musibah sebegini hendaklah kembali merenung akan kealpaan kita dan segala teguran Allah swt sebagai tanda kasih sayang Allah Taala kepada kita. Hendaklah kita memperbanyakkan istighfar dan memohon keampunan Allah swt.

Barangsiapa memperbanyakkan istighfar, maka Allah akan membebaskannya daripada kesedihan, memberinya jalan keluar terhadap kesempitannya, dan akan memberinya rezeki daripada arah yang tidak disangka-sangkanya." [HR Abu Dawud].

Sidang jumaat sekalian,

Dikesempatan ini juga mimbar berpesan agar kita umat Islam tatkala menghadapi kejadian sebegini agar tidak cepat menyebarkan khabar-khabar palsu apatah lagi jika ia disulami cerita-cerita tahyul khurafat yang menjejaskan akidah. Hal ini kerana hal-hal sebegini akan menjatuhkan kita kepada bahaya syirik yang dibenci Allah swt.

عَنْ عُثْمَانَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ مَاتَ وَهُوَ يَعْلَمُ أَنَّهُ لآ إِلَهَ إِلاَّ الله دَخَلَ الْجَنَّةَ

“Barangsiapa yang meninggal dunia, sedangkan dia mengetahui bahwa tidak ada ilah yang berhak disembah melainkan Dia (Allah) nescaya akan masuk Jannah.” (HR. Muslim No. 25)

وَجَعَلْنَا فِي الأرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ بِهِمْ وَجَعَلْنَا فِيهَا فِجَاجًا سُبُلا لَعَلَّهُمْ يَهْتَدُونَ

Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani. (Surah Al-Anbiya' ayat 31)

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

siapa yang nak guna dipersilakan

Sunday, January 25, 2015

AIR TANGAN ORANG YANG TIDAK SOLAT.

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat
adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat
lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau
meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada
zaman Nabi Musa a.s.

Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki
yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu
terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat
anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."
Nak
dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki
tadi pun hamil dan melahirkan anak.
Apabila dah
dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar
nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan
syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad.
Kalau
umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka
tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah.

Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar,
walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu,
si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah
hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan
menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu
minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air
yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah
air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang
meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun
senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh
Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan
solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung
rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu
baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan
masakan ibu atau isteri kita.

Jadi, kepada muslimat
sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan
solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke
dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya.

Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang
dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak
gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat.

Tak tergamak kan?
Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni.

Pagi petang,
mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak
segelintir tukang masak yang tak solat.

Kita pun
makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab
tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati
dengan apa yang kita makan.

Betapa beratnya amalan
solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi
Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-
kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda
berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam),
"As-solah as Solah wa amalakat aimanukum".

Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan
dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah
tanggunganmu.."

p/s : Ambillah pengajaran dari kisah ini untuk ahli
keluarga kita bersama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...