Monday, December 15, 2008

Tumpuan Pendidikan Islam.

Huraian mengenai perkara-perkara yang perlu diberi tumpuan dalam kurikulum Pendidikan Islam menyentuh aspek isi pelajaran, kaedah pengajaran, bahan pengajaran, dan penilaian pencapaian murid.


1 Isi pelajaran

a) Menguasai kemahiran al-Quran dan kefahaman hadis.

b) Melengkapkan murid dengan Rukun Iman dan Rukun Islam.

c) Mengembangkan perkaitan fardhu ain dan fardhu kifayah secara lebih lengkap dan menyeluruh.

d) Mengembangkan perkara akidah bagi membolehkan muriod membezakan antara ajaran benar dengan ajaran salah.

e) Mengembangkan perkara ibadat dengan amalan tingkah laku atau akhlak harian yang dituntut Islam.

f) Memantapkan penguasaan jawi.

g) Menggerakkan keinginan memajukan diri ke arah pembangunan tamadun bangsa dan negara hingga ke peringkat antarabangsa.

h) Mengambil iktibar daripada sirah dan tamadun dalam bentuk kesatuan ummah, gejala pembunuhhan Khulafa’ al-Rasyidin dan gejala perpecahan pendapat yang membawa kepada kelemahan ummah terdahulu.

i) Menyediakan isi pelajaran yang berbeza bagi kumpulan murid-murid yang lemah, sederhana, dan cergas.



2 Perkaedahan

a) Menjadikan pengajaran-pembelajaran pendidikan Islam lebih menarik, berkesan dan menggembirakan.

b) Menjadikan pengajaran pendidikan Islam lebih berkaitan dengan kehidupan murid dan berlandaskan kontek.

c) Memasukkan unsur kemahiran berfikir (KBKK) dalam proses mengendalikan P&P berpusatkan murid.


3 Bahan pengajaran.

a) Menekankan penggunaan pelbagai bahan bantuan mengajar.

b) Menggalakkan penggunaan bahan P&P berasaskan ICT.



4 Penilaian pencapaian murid.

a) Mengubah corak penilaian supaya dapat menilai perkembangan dan pencapaian murid secara menyeluruh, merangkumi aspek kognitif, psikomotor dan efektif.

b) Menjadikan penilaian pendidikan Islam berasaskan rujukan kriteria.


Selain tumpuan di atas, ciri-ciri utama kurikulum pendidikan Islam adalah seperti berikut:

1. Mengekalkan kesinambungan dan keseimbangan di peringkat KBSR dan KBSM.

2. Menjelmakan kesepaduan ilmu. Kurikulum pendidikan Islam yang bersumberkan ilmu menjadi pelengkap ilmu yang bersaling kait dan merentasi. Murid akan dapat memahami secara lebih jelas tentang kesepaduan antara ilmu naqli dengan ilmu aqli melalui isi kandungan pendidikan Islam itu sendiri dan perkaitannya dengan matapelajaran lain.

3. Penggabuangan antara fardhu ain dengan fardhu kifayah dalam kurikulum pendidikan Islam dapat dikembangkan melalui isi kandungan kurikulum pendidikan Islam dan semasa mengaitkan dengan bidang ilmu lain. Murid alan dapat memahami perlunya amalan fardhu ain sebagai tuntutan individu yang mesti ditunaikan dan amalan fardhu kifayah sebagai tanggungjawab individu untuk membangun bangsa dan negara.

4. Menekankan pembentukan dan pembangunan insan mulia yang berkeupayaan ke arah pembangunan tamadun bangsa dan agama. Murid akan dibimbing berterusan tentang kehidupan beradab dan berdisiplin yang mengangkat martabat insaniah.

5. penulisan buku teks perlu mengambil dan menekankan tradisi penulisan sebenar ilmu Islam dalam penulisan buku teks.


Dengan berlatarbelakangkan falsafah Pendidikan Islam, kurikulum pendidikan Islam digubal bagi mencapai matlamat berikut:

1. Menjadikan pendidikan Islam lebih berkesan dari segi implikasi dan penghayatan, terutama berkaitan dengan fungsi pendidikan Islam sebagai benteng ketahanan diri murid dari segi akidah dan akhlak.

2. mewujudkan perkaitan antara teori dengan praktis. Murid-murid bukan sahaja tinggi pencapaian dalam peperiksaan, tetapi tinggi juga tahap amalan dan penghayatan.

3. Menjadikan skop pendidikan Islam merangkumi semua aspek asas fardhu ain dan aspek-aspek utama fardhu kifayah khususnya dari segi sumbangan pendidikan Islam terhadap pembangunan tamadun bangsa dan negara.

4. Meringankan beban murid, khususnya murid-murid yang lambat proses pembelajarannya, terutama dalam aspek hafazan ayat al-Qur’an.

5. Melahirkan murid-murid yang mempunyai ciri-ciri berikut:

a) Mantap serta kukuh iman dan takwa sebagai benteng ketahanan diri.

b) Menguasai ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah sebagai pedoman dan amalan hidup.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...