
Demi Masa


Saturday, August 27, 2011
KENAPA WANITA ISLAM WAJIB MENUTUP AURAT?

Monday, July 18, 2011
Yahudi takkan kalah selagi Subuh tak seperti Jumaat
MELIHAT kepada kekuatan yang ada pada Israel dan sokongan kukuh Amerika yang tidak berbelah bagi di belakangnya, tidak nampak umatIslam mampu menewaskannya seperti yang pernah dilakukan Sultan Salahuddin al-Ayubi dulu.
Dan bersatulah Islam seluruh belaka, berdemonstrasilah hingga beratus ribu di mana-mana saja di dunia, dalam keadaan yang ada, tiada terdaya dan tiada nampak tanda-tanda Yahudi Israel dapat dikalahkan dan Baitul Maqdis dapat
dibebaskan.
Yahudi tahu semua ini. Justeru, apabila menyerang Lubnan yang Islamnya separuh-separuh saja, ia tidak peduluilangsung segala sanggahan dunia Islam dan PBB kerana masing-masing tidak sanggup berbuat apa-apa.
Ia sedia mengadakan gencatan senjata, bukan kerana ia takut kepada tindakan balas umat Islam dan dunia, tetapi ia berhenti sekejap kerana ia penat. Apabila penatnya reda, maka ia akan berbuat apa-apa saja. Yahudi tahu bila ia boleh dikalahkan oleh Islam dan apa senjata yang boleh mengalahkannya.
Iman dan jihad
Yahudi tahu senjata besar umat Islam ialah iman dan jihad. Senjata itu ada pada pada sebilangan kecil umat Islam sekali pun bilangan umat Islam dunia melebihi satu bilion orang. Yang ramai itu adalah seperti buih di permukaan laut, seperti yang baginda s.a.w. pernah sebutkan. Apabila iman itu menjadi sifat yang dimiliki oleh umat seluruhnya, maka Yahudi tahu ia tidak akan boleh bermaharajalela lagi.
Tanda mudah Yahudi boleh dikalahkan apabila terdapat di seluruh dunia umat Islam turun solat Subuh seperti mereka turun solat Jumaat yang seminggu sekali itu. Adakah sepenuhnya umat Islam sudah turun solat Jumaat? Ia dirasakan tidak. Tetapi sejumlah besar umat Islam di mana-mana juga di dunia sudah memenuhi masjid-masjid setiap Jumaat.
Melihat kepada perhimpunan solat Jumaat yang ada sekarang, Yahudi sudah cukup berwaspada. Jika bilangan yang menunaikan solat itu bertambah, maka ia bertambah bimbang meskipun ia belum boleh menggugat dan menewaskannya. Tetapi apabila umat Islam yang turun solat Jumaat itu juga turun solat Subuh berjamaah setiap pagi, maka ia adalah tanda permulaan bahawa Yahudi boleh dan dapat dikalahkan dalam waktu terdekat.
Apa yang orang Islam buat sekarang ialah semuanya turun ke masjid dan surau bersolat Subuh berjamaah setiap pagi. Jangan ada lagi yang solat di rumah.
Sama ada ada niat untuk memerangi Yahudi atau tidak, semuanya mengambil tanggungjawab dan kesedaran untuk solat Subuh berjamaah seperti solat Jumaat dulu. Niat solat Subuh itu kerana Allah dan membesarkan Allah, maka dengan sendirinya martabat iman masing-masing akan meningkat dan akan meningkat iman umat itu pada keseluruhannya.
Ibadat sunat
Dari keberkatan solat Subuh seperti solat Jumaat itu, solat-solat fardhu yang lain boleh ditingkatkan dan segala ibadat sunat akan diberikan perhatian dan diambil berat. Yang menuntut ilmu teruskan; mereka cipta serba aneka teknologi, ayuh jalankan; dan mempelbagaikan senjata selain senjata iman, teruskan. Yang hendak berpolitik, teruskan berpolitik, yang suka demonstrasi boleh lipat gandakan. Maknanya, segala cabang jihad diteruskan. Tetapi pastikan jangan memadai sekadar menunaikan solat Subuh. Solat Subuh itu mesti berjamaah seperti solat Jumaat.
Semua amal ibadat yang lain, dengan sendirinya akan meningkat, berkat dari tekad turun beramai-ramai solat Subuh berjamaah, sama seperti turun menunaikan solat Jumaat.
Sekarang ini OIC dan bangsa-bangsa yang sudah penat dan bosan dengan ketakburan Amerika, Nato dan Israel, begitu marah kepada Israel dan Amerika tentang kekejaman mereka di Palestin dan Lubnan. Sama marahnya kepada Israel dalam perang enam hari dengan Mesir tahun 1967 dulu.
Mesir di bawah pimpinan Gamal Abdel Nasser mengumpulkan segala kekuatan dan bersatu seluruh bangsa Arab atas nama sosialis Arab, tetapi tidak memberatkan solat Subuh berjamaah, tidak datang pertolongan Allah.
Mesir hanya bertahan enam hari, satu tempoh yang amat singkat dibandingkan dengan ketahanan Hizbullah di Lubnan yang mampu menghadapi serangan Israel lebih dari sebulan. Senjata yang dikumpulkan umat Islam Arab untuk menghadapi Israel tidak terkira banyak. Jika besi-besi itu digugurkan saja ke bumi Israel tanpa perlu meletupkannya, nescaya bumi Israel itu tertimbus menjadi bukit dihempap senjata-senjata itu.
Tetapi semua senjata itu meletup di bumi dan perairan sendiri. Hanya Scud yang dilepaskan Saddam Husein dan roket yang dilepaskan oleh Hizbullah yang dapat diletupkan di wilayah Israel. Yang dapat diletupkan di Israel itu hanya amat sedikit dibandingkan dengan jumlah senjata yang dimiliki negara Arab sepanjang 50 tahun lalu.
Iran turun setiap solat Subuh seperti solat Jumaat, dan ia diikuti oleh umat Islam yang lain, maka akan datang bantuan Allah dan bungkuslah Israel dan penyokong-penyokongnya dalam sedekad dua akan datang.
Tiada nas yang jelas tentang kalahnya Israel apabila solat Subuh sudah seperti solat Jumaat. Ia bukan satu keyakinan seperti menunggu turunnya Imam Mahadi. Tetapi ia adalah satu semangat dan kepercayaan, Islam dapat dibangunkan bermula dengan menjadikan solat Subuh seperti solat Jumaat.
Inilah yang guru-guru kuliah Maghrib beritahu dalam setiap kuliahnya dan inilah khatib patut utarakan dalam setiap khutbahnya. Dan inilah yang Pengerusi OIC kena beritahu negara-negara anggotanya supaya menyeru setiap laki-laki Muslim yang mukallaf jangan mis menjadikan Subuh seperti solat Jumaat.
Apabila semuanya sudah turun ke masjid dan surau di waktu Subuh, maka Allah akan tanamkan kecenderungan masing-masing untuk melakukan ibadat dan kebaikan yang lain.
Tanpa menunggu kedatangan Imam Mahadi, Yahudi Israel akan dapat dikecut-perutkan. Kalau Subuh tidak dapat dijadikan seperti Jumaat, satu demi satu bumi Islam menjadi bumi Yahudi atau menjadi orang yang diredai oleh Yahudi. /tajdid.
" MARI;AH KITA BANGKIT WAHAI ANTUM MUSLIM N MUSLIMAH SEMUA"
insyaallah sesiapa berjuang kerana agama Allah beribu malaikat berada dibelakangnya wallahhualam
Saturday, July 2, 2011
[Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a.]
- jom sertai grup facebook Al-Hikmah
YAA ALLAH.... AKU REDHA....

Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.
Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seorang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.
Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.
Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: " semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."
Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..
Si suami meneruskan kata-katanya: " Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.
Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam);
"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."[1]
Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhalah ia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.
Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.
Friday, April 29, 2011
كمبالي
Thursday, February 17, 2011
Siapa Rasulullah di hati kita?
"Ummati.. ummati.. ummati.." itulah kata-kata yang diulang-ulang oleh Rasulullah SAW kala sakaratulmaut tiba ingin merenggut nyawa baginda. Betapa kasih dan cinta baginda Nabi kepada kita umatnya. Sanggup baginda memohon supaya segala derita sakarat umat diberikan kepadanya.
Tapi... kita?
Di mana Rasulullah SAW di hati kita? Apakah dengan membawa sepanduk dan berarak beberapa kilometer cukup untuk membuktikan cinta dan kasih kita kepada Nabi SAW?
Lalu kita harus muhasabah diri, apakah telah kita lakukan apa yang baginda suruh dan meninggalkan apa yang baginda larang? Berkata memang mudah "aku cintakan Allah dan Rasulnya.." tapi dalam masa yang sama menikam nombor, meninggalkan solat, membiarkan anak isteri bergelumang maksiat, tidak menutup aurat dan sebagainya.
Sabda Nabi SAW
"لا يؤمن احدكم حتى اكون أحب اليه من ولده ووالده والناس اجمعين
رواه البخاري
‘tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah aku menjadi orang yang paling dikasihi lebih dari anak pinaknya, ibubapanya, dan manusia yang lain..’
Apakah kita merasakan kita sudah hampir sempurna iman sedangkan kita jauh dari berpegang kepada dua perkara yang ditinggalkan Nabi SAW yakni al-Quran dan hadis.
Tidak salah menyambut Maulidurrasul dengan perarakan, tetapi jika dalam sambutan itu bercampur dengan perkara haram dan berlebih-lebihan maka haram juga hukumnya. Contoh pembaziran ialah kos membuat sepanduk, bukan berpuluh ringgit tetapi beratus-ratus ringgit. Jika membayar saguhati untuk ceramah maulud rasanya boleh dibuat di setiap kampung. Menyedarkan mereka bahawa pentingnya mengingati dan meraikan hari kebesaran dalam Islam. Bukanlah bayaran kepada ustaz menjadi isunya, kerana pergerakan ustaz ke tempat ceramah dan kesudian mereka meluangkan masa harus diambil kira.
Kenapa program hiburan kerajaan tidak kisah habis berjuta tetapi untuk membuat ummat faham Islam para guru yang tidak berpendapatan tinggi tidak perlu dihargai dengan saguhati minyak kereta?
Setelah kita tidak peduli nasihat nabi dan sahabat, maka bertanyalah soalan ini kepada diri sendiri "aku ni nak syurga ke neraka!
produk ajaib menyembuhkan penyakit dengan izin Allah lawati http://teknonanolah.blogspot.com/
Sunday, February 13, 2011
Perkara yang mesti kita jaga
1-Memelihara Agama- memelihara supaya kita tidak menjadi kafir, tidak meninggalkan perkara wajib, tidak melakukan perkara haram dan memelihara Silatul Rahim.
2-Memelihara Diri- memelihara diri daripada perkara membinasakan dan memudharatkan.
3-Memelihara Akal-memelihara akal agar sihat dan suci supaya dapat beribadat kepada Allah SWT.
4-Memelihara Keturunan-memelihara zuriat agar tidak terhasil zuriat daripada zina.
Jagalah anak kerana mereka adalah amanah Allah, dan akan ditanya di akhirat nanti.
5-Memelihara Kemaluan-memelihara agar kemaluan tidak mengikut hawa nafsu sehingga boleh menimbulkan fitnah atau tuduhan jahat.
6-Memelihara Harta- memelihara agar segala harta kurniaan Allah SWT tidak digunakan ke jalan maksiat.
Rasulullah SAW tersenyum sambil bersabda, Apabila kamu:
1-Membaca surah AlIkhlas sebanyak tiga kali. seolah-olah engkau telah mengkhatamkan Al-Quran.
2-Apabila engkau berselawat kepadaku dan kepada para nabi sebelumku, sesungguhnya kami telah memjadi penolongmu di Akhirat nanti.
3-Dengan engkau memohon keampunan kepada semua orang beriman, maka mereka telah meredhai engkau.
4-Jika kamu menyebut Subhanallah. sesungguhnya engkau telah menunaikan haji dan umrah.
sumber: Kitab 1001 Feqah Nasihat
Friday, February 11, 2011
Hukum Menyambut Valentine
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
sila ke web e-fatwa kalau tak percaya lagi
Janganlah kita tergolong dalam golongan yang celaka, masuk geng ahli neraka.. na'uzubillahi min zalik
Thursday, February 10, 2011
Kuasa Face Book runtuhkan Regim Mubarak
Wa'il Ghonim- pencetus revolusi Mesir kini. Melalui laman web Face Book 'Kulluna Khaled Sa'id' - berjaya mengajak rakyat Mesir bangkit menjatuhkan Rejim Husni Mubarak.
Pencipta Face Book barangkali tidak menjangka FB boleh mencipta revolusi. Tunisia, Mesir, entah mana negara lagi.
Pemuda 30an ini - kini muncul di Dream Channel - satelite tv Mesir - http://www.youtube.com/watch?v=fSKuFpSJzMU&feature=related dengan isakan dan tangisan tetapi pendirian yang tidak tergugat - selepas 10 hari menjadi 'tamu' polis rahsia Mesir, bermula sehari selepas rakyat Mesir membanjiri Tahrir Square.
'Kulluna Khaled Sa'id - atau We are all Khaled Sa'id' http://www.youtube.com/watch?v=fSKuFpSJzMU&feature=related bermula sebagai dedikasi sekumpulan anak muda Mesir terhadap Khaled Sa'id - anak muda Mesir berusia 28 tahun yang dibunuh secara kejam oleh dua orang polis Mesir.
Khaled, telah muat turun dalam You Tube imej polis Mesir sedang membahagikan wang dengan pengedar dadah. Ia menimbulkan kemarahan polis. Ia diburu.
Saksi-saksi melihat bagaimana Khaled diambil oleh dua anggota polis, kepalanya dihantuk ke dinding dan tangga bangunan sehingga mati. Mayatnya dicampak di tepi jalan dan selepas post mortem, polis mengeluarkan kenyataan Khaled mati kerana terlebih mengambil dadah.
Dalam kenyataannya, polis menyatakan tiada kecederaan parah bagi Khalid.
Kematian Khaled menimbulkan kemarahan anak muda Mesir yang telah sekian lama menyaksikan kekejaman polis Mesir dalam berbagai cara. Ditambah dengan pembohongan dan rasuah.
Khaled serta merta menjadi simbol kebangkitan anak muda Mesir. Fotonya terpampang di sudut laman Kulluna Khaled.
Selepas anak muda Tunisia - Bu Azizi - menjadi simbol kebangkitan anak muda Tunisia - dan berjaya menghalau Presiden Tunisia lari ke luar negara - anak muda Mesir mendapat inspirasi dan semangat untuk bangkit tidak tertahan lagi.
25 Januari lalu kebangkitan bermula. Wa'il Ghonim - pakar IT yang bekerja dengan Google di Dubai bergegas pulang untuk menyertai anak muda Mesir lain yang telah menyahut seruan laman FB mereka. Keesokan harinya, beliau ditahan.
Keluarga dan majikannya cuba mengesan jejak beliau tetapi gagal. Tidak ada sebarang berita mengenai di mana beliau berada, sehingga lah beliau muncul di kaca TV Dream Channel.
Sebelum beliau ditahan, beliau telah memberikan password kepada rakannya yang lain. Hanya kini, beliau mengetahui rakannya telah terbunuh dalam kebangkitan kini.
Dalam wawancara yang boleh disaksikan di You Tube, Wa'il menegaskan kebangkitan rakyat Mesir hanya untuk menuntut hak mereka yang sah, kebebasan bersuara, keadilan dan keselamatan. Serta pembelaan terhadap mereka yang telah dizalimi. Mereka bangkit bukan untuk menimbulkan huru hara. Kerana itu, beliau merasa kesal adanya kematian baik di pihak orang awam termasuk rakan-rakan beliau mahu pun anggota keselamatan. Kesemua mereka, kata Wa'il, adalah syahid.
Tidak ada pihak yang patut menekankan ideologi mereka dalam kebangiktan sekarang. Tetapi nasib rakyat Mesir lah yang menjadi agenda sebenar.
Beliau menyebut bahawa beliau bukan agen mana-mana pihak sekalipun pihak polis cuba menekan beliau mengaku menjadi alat pihak lain semasa dalam tahanan. Katanya, keluarga beliau adalah kaya raya dan beliau sendiri mempunyai pendapatan lumayan dengan kereta besar dan kehidupan mewah di Dubai. Kerana itu, beliau tidak perlukan sogokan tetapi atas cintanya terhadap Mesir yang telah porak poranda oleh regim yang ada, beliau memberanikan diri mencetuskan kebangkitan ini. Beliau hanya ingin bersuara bagi pihak yang teraniaya dan majoriti rakyat Mesir yang miskin.
Beliau tidak mahu digelar hero atas kebangkitan ini kerana hero yang sebenar adalah rakyat Mesir yang telah berani bangkit. Semua yang telah terkorban dan anak muda yang sanggup bertahan di Medan Tahrir hingga kini, sudah hampir dua minggu.
Wa'il Ghonim tidak mengambil masa yang lama selepas pembebasannya untuk bersama di Medan Tahrir. Sekalipun isterinya, rakyat Amerika beragama Islam sedang menunggu di Dubai dan bapanya berada di Saudi.
Kita boleh bayangkan bahawa Husni Mubarak tidak mempunyai pilhan melainkan berundur.
Dalam rangka mengekang kebangkitan menerusi kemudahan Twitter dan FB, kerajaan Mesir menyekat laluan internet selama tiga hari, minggu lalu. Ia dibuka semula kerana hasil sekatan itu, lebih ramai anak muda membanjiri Medan Tahrir kerana mereka tidak lagi dapat merayau di alam maya, ber chit chat dan FB atau bermain on line game. Memang sangat menakjubkan!
Kepalsuan propaganda media Mesir juga terdedah dengan mudah dengan kemudahan FB dan internet.
Umpamanya kononnya letupan bom di Gereja Koptik baru ini dilakukan oleh Hamas, terdedah ianya dilakukan oleh polis rahsia Mesir sendiri.
Percubaan memainkan sentimen agama - sama seperti berlaku di bumi One Malaysia - digagalkan oleh imej-imej pemuda Islam yang sedang bersolat di depan kereta perisai tentera Mesir dilindungi oleh pemuda Kristian Mesir yang bersalib dan pemuda Kristian yang bersembahyang pada hari Ahad di Medan Tahrir dilindungi pula oleh Pemuda Muslim! Ia imej kesatuan hati dan budi yang luar biasa dari kebangiktan ini!
Isra' Abdul Fatah - pemudi Mesir adalah antara pencetus revolusi yang lain. Peranan gadis muda ini yang giat menerusi lamannya, menyatakan, revolusi hanya boleh berlaku bila mana semua orang benar-benar pergi berhimpun di Medan Tahrir dan tidak hanya berada dalam alam maya. Beliau pernah dipenjara selama lapan belas hari. Imej You Tube penuh emosi pada hari beliau dibebaskan dari tahanan sudah cukup membangkitkan sentimen anak muda Mesir. "Jika Mubarak membohongi rakyat Mesir selama tiga puluh tahun, adakah beliau akan bercakap benar beliau akan berundur seleosa September?" Tanya Isra'.
Di depan pemuda seperti Wa'il dan pemudi seperti Isra' - regim Mubarak sudah hilang legitimasinya dan menunggu masa untuk runtuh.
Kebobrokan Mubarak yang merata dan kekejaman yang lama, dengan menutup pintu kebebasan samada melalui pilihanraya palsu mahupun pembohongan media, serta membina rangkaian korupsi yang kian membarah, kini berhadapan dengan pembalasan dari rakyatnya sendiri.
sumber; facebook
catatan penulis- kerana itu desas desus facebook dan tweeter kononnya akan ditutup di Malaysia tidak lama lagi... lenapa? haaa pikir la sendirii
Saturday, January 29, 2011
Pesona Dunia
ramai hanyut dalam arusnya
tertipu pada nikmat sementara
akhirat yang kekal dilupa
amal ibadat alpa dibuai leka
tuan, ayuh insaf kita
sementara masih bernyawa
kota belud, sabah