Friday, October 10, 2008

Sebuah Penghargaan

Lewat saya menghadiri kuliah Tekno PI hari ini, jam 9 pg.,sepatutnya 8.30 pagi tapi tersangkut kat trafik kedai roti canai abang Lan. (alasan je nih) Erm... sudah beberapa kali begini... sekurang2nya datang ye... (^_^)

Ketika mula2 masuk semua mata memandang saya. -perkara biasa buat sesiapa yg lewat- tapi yg luarbiasa ramai yg tersenyum -agak aneh ya pak...- Pada awal saya tidak dapat menangkap butir kata Zuliazwa. Saya dengar tapi enggak difahami apa ingin dimaksudkan. Saya duduk di belakang, bukan depan sekali sebelah kiri sekali. Hari ini malas duk kat tempat biasa sebab susah nak concos plug.

Ustazah Salina pun bersuara, almaka jelaslah apa yg ingin dimaksudkan oleh Zuliazwa sebetar takdih. Saya mula mengawal pergerakan hidung saya supaya tidak mengembang melebihi hadnya. Kam pulak sedang melayan kantuknya kat rumah... huh hampeh betul kurasa. Apa tidak tatkala saat bahagia begini hanya aku sorang je datang.

Saya mula ingin memahami bahwa itulah hakikat. Dalam kalut ribut hendak pergi sekolah dan beberapa gangguan dalam perjalanan pengajaran @ tadbir BBM rupanya mendapat tempat pertama di hati pelajar 2 Dahlia SMK Taman Dato' Harun. Dalam 5 kumpulan yg mengajar saya dan Kam mendapat pengiktirafan dari pelajar kelas berkenaan. Kumpulan Farhan tempat kedua. Almaka Ustazah meminta saya berkongsi pengalaman dengan kawan2, bagaimana kami mengajar sampai pelajar begitu teruja dan berminat sekaligus memberi kami tempat pertama.

Saya keluar ke depan tanpa Kam dan membentangkan lebih kurang perjalanan pengajaran dengan menayangkan BBM saya dan Kam dan menceritakan juga cara saya dan respon pelajar semasa saya mengajar. Bagi saya cara saya mengajar biasa sahaja dan cara Kam tak kurang biasanya. Entah mungkin semangat kami mengajar luarbiasa dan BBM kami bukan biasa-biasa menyebabkan pelajar menjadi biasa dengan kami seperti kami sudah biasa mengajar mereka.

Bagi saya, Teknologi dalam Pendidikan Islam bukan satu retorik biasa yg harus kita terjemahkan sebagai satu keperluan dan kemestian bahkan ia lebih dari itu. teknologi dalam PI adalah satu gagasan yang harus kita realisasikan dan teruskan dalam pengajaran kita mengatasi bidang lain. Kita harus belajar susah menjadi senang. Apa yg saya perhatikan hakikat yg sering berlaku kpd senior, mugkin bukan semua, mungkin juga kebanyakan- tidak mengaplikasikan sepenuhnya BBM dalam bentuk ICT. Mungkin sebab kerana tiada fasiliti di sekolah dan sering berebut dengan guru subjek lain. Meski di Kuala Lumpur ni masih ada juga yg mundur kerana masih menggunakan papan hitam untuk menulis, maka pada tanggapan kita cukuplah kita menyediakan BBM secara tradisional untuk diguna dalam P&P. Sebetulnya menurut pelajar 2 dahlia pabila saya bertanya kepada mereka LCD hanya diguna dlm kelas Pendidikan Islam sahaja. agak teruja saya. Biar benar anak-anak... Berbeda dengan sekolah SMAKL yg terpaksa berebut dengan guru subjek lain. Kena booking sehari sebelum kalau nasib baik dapat, kalau tak dapat pun nasiblah... (sumber - Ustaz Muhsin)

Cuma saya ada satu rahsia yang tidak menjadi rahsia kepada mereka yang cakna dengan suasana dan cara kuliah yg dibawa oleh tokoh pendidik yg disegani ramai- Dr Habib Mat Som. Cara saya mengajar tempohhari banyak dipengaruhi oleh metod yg diasuh oleh Dr Habib. Dan sebetulnya tidak melampau rasanya jika saya sebutkan di sini teknologi dalam pendidikan tidak lengkap jika tidak digabungkanjalinkan dengan Prinsip teknologi yg diajar oleh Dr Habib. hehe... bagi saya tiada dapat saya ketemui pengasuh guru yg unik dan dinamik seperti Dr Habib setakat kembaraan saya menuntut ilmu perguruan.

Sekian arakian perkongsian saya untuk sebuah penghargaan dan kalungan tahniah ustazah salina kepada kumpulan kami yg membuktikan Pendidikan Islam bukan satu matapelajaran yg membosankan seperti tanggapan sesetengah pihak. sikap double standard sesetengah ibu bapa terhadap Pendidikan Islam perlu diubah dan pihak berpatutan seharusnya mengambil langkah perlu menangani gejala tidak sihat yg sedang melanda masyarakat materialipstik kini. Golongan GPI pula perlu menganjakkan paradigma supaya menjadikan teknologi sebagai medium pengajaran dan berhenti menyalahkan pelajar jika mereka tidak berminat dengan Pendidikan Islam, tetapi menyalahkan diri kita dan muhasabah diri dimanakah silap kita. Saya seru dan nasihat diri sendiri dan mereka yg sudi mengerti. Sama2lah kita tegur meneguri sesama kita dan bersama perbetuli diri demi martabat dunia pendidikan dan Islam itu sendiri... Solawat...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...