Saturday, August 27, 2011

KENAPA WANITA ISLAM WAJIB MENUTUP AURAT?


Kerana ia termaktubh di dalam Al-quran, Surah Al Azhab Ayat 59
yang bermaksud:
“Hendakalah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh
mereka, supaya mereka lebih mudah dikenali orang kerana itu,
mereka tidak diganggu.”

1. Lengan Baju Panjang Sehingga ke pergelangan tangan
2. Tudung mestilah labuh dan menutup dada dan tidak jarang
3. Baju mestilah labuh dan longgar
4. Kain/seluar yang dipakai mesti panjang sehingga ke buku lali
5. Baju mestilah labuh dan longgar
6. Mesti memakai sarung kaki
7. Kasut tinggi yang tidak berbunyi(Ingin pakai kasut tinggi?
pastikan tumitnya diperbuat daripd getah)

Bahagian Manakah Yang Boleh Diperhatikan?

Rasullulah S.A.W telah bersabda :
“Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka
tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak
tangannya hingga pergelangan.”(H.R Abu Daud)

Muka Dan Tangan
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah S.A.W dengan
memakai pakaian yang nipis.
Sabda Rasullulah S.A.W
”Wahai Asma! Sesungguhnya seorang yang telah berhaidh,
tidak boleh baginya mengzahirkan anggota badan kecuali
pergelangan tangan dan wajah sahaja.”
(Riwayat Muslim dan Bukhari)

Muka dan Leher
”Dan tinggallah kamu(perempuan) di rumah kamu dan janganlah
kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliyah yang terdahulu”
a) Bersolek (Make-up
b) Menurut Miqtil : Sengaja membiarkan ikatan
tudung yang menampakkan leher seperti orang jahiliyah

Dada
”Hendaklah mereka(perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutup
dada-dada mereka.”

Wangian
”Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu
kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap
melakukan zina dan tiap-tiap mata itu adalah zina.”
Riwayat Nasa’i, Ibn Khuzaimah Dan Hibban

Kaki (Tumit Kaki)
”Dan janganlah mereka(perempuan) membentakkan kaki (atau
mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan”
An Nur : 31
a) Menampakkan Kaki
b) Menghayunkan/melenggokan mengukut hentaakan kaki

Kepada Siapa Aurat Boleh Diperlihatkan

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya,
dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa)
nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita…”
(An-Nur:31).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...