Saturday, December 6, 2014

Doa Memohon Takdir Yang Baik

Amalan Pemakanan Dalam Islam

السلام عليكم ورحمة الله
Dan Salam Sejahtera
tazkirah : Amalan Pemakanan Dalam Islam

KITA berpantang dan mengawal tabiat makan apabila diserang penyakit. Lebih teruk jika doktor hanya membenarkan kita makan dalam kuantiti sedikit atau makanan tertentu.

Hakikatnya, amalan mengawal tabiat pemakanan selepas jatuh sakit adalah tindakan salah. Kita patut mengawal pemakanan seawal usia remaja, bukan apabila memasuki fasa 40-an.

Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunah Rasulullah s.a.w. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan al-Quran bermaksud: “… makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31).

Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah turut mengambil kira sistem tubuh manusia. Sebagai mesin, ia memerlukan bahan bakar iaitu makanan untuk membolehkannya melaksanakan kerja, tetapi kuantiti makanan yang masuk ke perut mesti dikawal.

Sebenarnya, menjaga dan mengawal perut daripada makan terlalu banyak adalah kaedah pencegahan penyakit yang berkesan. Sebab itu ramai ilmuwan perubatan dan tabib zaman lampau sering bermadah ‘lapar itu ubat’.

Mengambil makanan dalam kuantiti banyak adalah amalan buruk kerana ia memberatkan organ dan sistem pencernaan sehingga ia lemah dan tidak mampu mencerna secara teratur dan berkesan.

Makanan dalam jumlah yang banyak menyebabkan pelbagai penyakit. Justeru, kaedah rawatan dan pencegahan penyakit yang terbaik sepatutnya bermula dari perut – pastikan kuantiti dan jenis makanan yang masuk ke perut terkawal.

Nabi Muhammad ada menyebut ‘perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit’. Selain kuantiti makanan, petua kesihatan Nabi turut mengambil kira isi padu makanan.

Baginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutama jika baru sembuh atau melalui proses pemulihan. Dalam satu hadis daripada Siti Aisyah r.a, beliau berkata: “Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya ‘talbiinah’! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!”

Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab menyerupai bubur atau susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut. Bagi kita di sini, mungkin oat dicampur susu sesuai sebagai makanan yang lembut dan tidak membebankan perut serta fungsi pencernaan.

Makanan ini juga kaya serat dan banyak membantu proses penghadaman.

Disiplin pemakanan yang diamalkan Rasulullah biasanya mengelak makanan itu mendatangkan penyakit kepada individu yang sihat, manakala bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan, ia mengelak penyakit menjadi semakin serius.

Contoh peristiwa Nabi Muhammad s.a.w mengajar pemilihan makanan ketika sakit ialah sebagaimana hadis riwayat Ibnu Maajah dari Ummul Mundzir Qois al Anshoriyah, katanya:

“Suatu hari Rasulullah berkunjung ke rumah kami bersama Ali k.a yang ketika itu baru sembuh daripada sakit. Kami mempunyai buah daliah (sejenis buah-buahan di tanah suci), lalu Rasulullah mengambil dan memakannya dan Ali juga memakannya.

“Baginda berkata kepada Ali: Engkau baru saja sembuh daripada sakit.

“Lalu Ali berhenti memakannya. Kemudian saya buatkan masakan dari gandum dan saya berikan kepada mereka berdua, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Ali, nah, ini lebih sesuai bagimu!”

Larangan Rasulullah kepada Ali yang baharu sembuh daripada sakit agar tidak memakan daliah sebagaimana dalam hadis di atas adalah kaedah pencegahan atau berpantang. Buah-buahan yang sifatnya mudah terurai mungkin memberi mudarat bagi mereka yang baru sembuh.

Ketika baru pulih daripada sakit, perut belum cukup kuat kerana ia sibuk bekerja menghakis sisa penyakit dari dalam perut dan badan.

Sebaliknya, Rasulullah menggalakkan Ali mengambil masakan daripada gandum kerana air daripada gandum itu dapat menguatkan tubuh.

Namun, baginda membenarkan pengambilan makanan yang tidak sesuai, tetapi dalam kuantiti sedikit sekadar menghilangkan keinginan.

Perkara menarik mengenai kaedah makanan seimbang yang diajarkan Rasulullah ialah baginda tidak membataskan pada satu jenis makanan saja. Contohnya, baginda menyeimbangkan makanan bersifat panas dengan sejuk.

Dari segi komposisi makanan, baginda tidak pernah mengambil susu dan ikan atau susu dan telur atau daging dan susu atau antara makanan yang kedua-duanya mempunyai sifat panas atau sifat dingin serentak.

Baginda juga tidak mengambil dua jenis makanan yang mempunyai sifat cepat dicernakan dan lambat dicernakan, serentak.

Rasulullah tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan.

Kita juga patut mengelak mengambil makanan segera dan minuman berkarbonat, walaupun sedap, tetapi memudaratkan apatah lagi mengandungi perasa tiruan dan sintetik.

Rasulullah gemar makanan yang mengandungi unsur manis semula jadi dan madu malah baginda suka mengambil buah-buahan sebagai makanan tambahan.

Mengenai madu, Nabi mempunyai disiplin pengambilan madu yang baik untuk dicontohi, iaitu mengambilnya pada waktu pagi sebelum sarapan.

Madu dicampurkan dengan air dingin sebelum diminum. Ini bertujuan mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan.

Selain jenis dan kuantiti makanan, satu aspek lain penjagaan kesihatan Rasulullah s.a.w ialah cara baginda duduk ketika makan, iaitu dalam posisi ‘mutawarikan’, iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit dan menempatkan telapak kaki kiri di atas punggung kaki kanan.

Postur badan penting dalam menentukan kebaikan ketika pengambilan makanan. Contohnya, baginda melarang

makan sambil bersandar sebagaimana sabdanya bermaksud: “Saya tidak makan sambil bersandar.”

Baginda juga melarang minum sambil berdiri, kecuali jika dalam keadaan terpaksa. Baginda mempunyai disiplin khusus dari segi minuman.

Berdasarkan petunjuk Nabi s.a.w, makruh minum selepas melakukan olahraga atau sebaik selesai melakukan sesuatu kerja berat atau sebaik habis makan atau sebelum makan. Semua itu tidak baik untuk kesihatan. Sebaliknya, biarkan beberapa detik berlalu apabila selesai aktiviti berat atau makan, kemudian minum.

Rasulullah s.a.w mempunyai petua unik ketika minum. Dalam satu hadis dari Anas bin Malik bermaksud: “Rasulullah minum dengan tiga kali nafas. Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan.”

Maksud bernafas tiga kali ketika minum ialah dengan menjauhkan bekas atau cawan dari mulut, lalu bernafas atau seolah-olah menghisap air yang sedang diminum. Larangan bernafas di dalam gelas ketika minum ditemui dalam hadis bermaksud:

“Jika seseorang di antara kalian minum maka janganlah bernafas di dalam gelas minuman, tetapi hendaklah direnggangkannya dari bibir.”

Dan, pasti yang paling penting dan mungkin dilupakan kita apabila makan atau minum ialah membaca ‘basmalah’ (membaca Bismillah) dan mengucapkan ‘hamdalah’ (Alhamdulillah) apabila selesai. Ia banyak keberkatan dari segi kesihatan.

Rahsia besar Rasulullah s.a.w yang patut menjadi teladan ialah baginda tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang enak. Ini terkandung di dalam hadis bermaksud:

“Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak maka ditinggalkannya.”

Justeru, semua orang tidak wajar menunggu hari tua atau berusia lewat 40-an untuk memulakan amalan pemakanan sihat. Mulakanlah sekarang!

Kepentingan menjaga pemakanan dapat difahami daripada hadis Nabi saw yang diriwayatkan at-Turmudzi dari Abdullah al-Ashory, Rasulullah saw bersabda bermaksud:

“Sesiapa dalam keadaan badan sihat, aman dalam penghidupan dan ia memiliki makanan sehari-hari yang cukup, maka seolah-olah dunia ini miliknya.”
ehsan- ��

Monday, December 1, 2014

Nasyid

صَـلا َةُ اللهِ  سَـلا َمُ اللهِ                عَـلَى طـهَ رَسُـوْلِ اللهِ
صَـلا َةُ اللهِ  سَـلا َمُ اللهِ                عَـلَى يـس حَبِيْـبِ اللهِ
تَوَ سَـلْنَا بِـبِـسْـمِ اللّهِ                وَبِالْـهَادِى  رَسُـوْلِ اللهِ
وَ كُــلِّ  مُجَـا هِـدِ لِلّهِ              بِاَهْـلِ  الْبَـدْ رِ يـَا اَللهُ
اِلهِـى سَـلِّـمِ اْلا  ُمـَّة              مِـنَ اْلافـَاتِ وَالنِّـقْـمَةَ
وَمِنْ هَـمٍ  وَمِنْ غُـمَّـةٍ            بِاَ هْـلِ  الْبَـدْ   رِ يـَا  اَللهُ
اِلهِى  نَجِّـنَا  وَاكْـشِـفْ              جَـمِيْعَ اَذِ يـَّةٍ وَا صْرِفْ
مَـكَائـدَ الْعِـدَا وَالْطُـفْ              بِاَ هْـلِ الْبَـدْ رِ يـَا اَللهُ
اِلهِـى نَـفِّـسِ الْـكُـرَبَا             مِنَ الْعَـاصِيْـنَ وَالْعَطْـبَا
وَ كُـلِّ بـَلِـيَّـةٍ وَوَبـَا               بِا َهْـلِ الْبَـدْ رِ يـَا اَللهُ
فَكَــمْ  مِنْ رَحْمَةٍ حَصَلَتْ           وَكَــمْ  مِنْ ذِلَّـةٍ فَصَلَتْ
وَكَـمْ مِنْ نِعْمـَةٍ وَصَلَـتْ              بِا َهْـلِ الْبَـدْ رِ يـَا اَللهُ
وَ كَـمْ اَغْـنَيْتَ  ذَالْعُـمْرِ           وَكَـمْ اَوْلَيْـتَ ذَاالْفَـقْـرِ
وَكَـمْ عَافَـيـْتَ ذِاالْـوِذْرِ             بِاَ هْـلِ الْبَـدْ رِ يـَا اَللهُ
لَـقَدْ ضَاقَتْ عَلَى الْقَـلْـبِ           جَمِـيْعُ اْلاَرْضِ مَعْ رَحْبِ
فَانْـجِ  مِنَ الْبَلاَ الصَّعْـبِ             بِا َهْـلِ الْبَـدْ رِ يـَا اَللهُ
ا َتَيـْنَا طَـالِـبِى الرِّفْـقِ             وَجُـلِّ الْخَـيْرِ وَالسَّـعْدِ
فَوَ سِّـعْ مِنْحَـةَ اْلاَيـْدِىْ             بِاَ هْـلِ الْبَـدْ رِ يـَا اَللهُ
فَـلاَ تَرْدُدْ مَـعَ الْخَـيـْبَةْ            بَلِ اجْعَلْـنَاعَلَى الطَّيْبـَةْ
اَيـَا ذَاالْعِـزِّ  وَالْهَـيـْبَةْ             بِاَ هْـلِ الْبَـدْ رِ يـَا اَللهُ
وَ اِنْ  تَرْدُدْ  فَـمَنْ نَأْتـِىْ             بِـنَيـْلِ جَمِيـْعِ حَاجَا تِى
اَيـَا جَـالِى الْمُـلِـمـَّاتِ            بِاَ هْـلِ الْبَـدْ رِ يـَا اَللهُ
اِلهِـى اغْفِـرِ وَاَ كْرِ مْنَـا             بِـنَيـْلِ  مـَطَا لِبٍ مِنَّا
وَ دَفْـعِ  مَسَـاءَةٍ  عَـنَّا             بِاَ هْـلِ الْبَـدْ رِ يـَا اَللهُ
اِلهِـى  اَنـْتَ ذُوْ لُطْـفٍ             وَذُوْ فَـضْلٍ وَذُوْ عَطْـفٍ
وَكَـمْ مِنْ كُـرْبـَةٍ تَنـْفِىْ            بِاَ هْـلِ الْبَـدْ رِ يـَا اَللهُ
وَصَلِّ عَـلَى النـَّبِىِّ الْبَـرِّ            بـِلاَ عَـدٍّ وَلاَ حَـصْـرِ
وَالِ  سَـادَةٍ  غُــــرِّ             بِاَ هْـلِ الْبَـدْ رِ يـَا اَللهُ

Asal Usul Sholawat Badar
Sholawat Badar adalah rangkaian sholawat berisikan tawassul dengan nama Allah, dengan Junjungan Nabi s.a.w. serta para mujahidin teristimewanya para pejuang Badar. Sholawat ini adalah hasil karyaKyai Ali Manshur, yang merupakan cucu KH. Muhammad Shiddiq, Jember. Oleh itu, Kyai ‘Ali Manshur adalah anak saudara atau keponakan KH. Ahmad Qusssyairi

( ulama besar dan pengarang kitab “”Tanwir al-Hija” yang telah disyarahkan dengan judul “Inarat ad-Duja“oleh ulama terkemuka Haramain, Sayyid ‘Alawi bin ‘Abbas bin ‘Abdul ‘Aziz al-Maliki al-Hasani.

Diceritakan bahawa karya ini ditulis oleh Kiyai ‘Ali Manshur sekitar tahun 1960, tatkala kegawatan umat Islam Indonesia menghadapi fitnah Partai Komunis Indonesia (PKI). Ketika itu, Kiyai ‘Ali adalah Kepala Kantor Departemen Agama Banyuwangi, juga menjadi Pengurus Cabang Nahdlatul Ulama di situ. Keadaan politik yang bercelaru saat itu dan kebejatan PKI yang bermaharajalela membunuh massa, bahkan ramai kiyai yang menjadi mangsa mereka, menyebabkan terlintas di hati Kiyai ‘Ali, yang memang mahir membuat syair ‘Arab sejak nyantri di Pesantren Lirboyo Kediri lagi, untuk menulis satu karangan sebagai sarana bermunajat memohon bantuan Allah s.w.t. Dalam keadaan sedemikian, Kiyai ‘Ali tertidur dan dalam tidurnya beliau bermimpi didatangi manusia-manusia berjubah putih – hijau, dan malam yang sama juga, isteri beliau bermimpikan Kanjeng Nabi s.a.w.
Setelah siang, Kiyai ‘Ali langsung pergi berjumpa dengan Habib Hadi al-Haddar Banyuwangi

dan menceritakan kisah mimpinya tersebut. Habib Hadi menyatakan bahawa manusia-manusia berjubah tersebut adalah para ahli Badar. Mendengar penjelasan Habib yang mulia tersebut, Kyai ‘Ali semakin bertekad untuk mengarang sebuah syair yang ada kaitan dengan para pejuang Badar tersebut. Lalu malamnya, Kyai ‘Ali menjalankan penanya untuk menulis karya yang kemudiannya dikena

Thursday, November 27, 2014

Soalan Kepada Imam Shafie

Wahai imam, tunjukkan kpd kami perkara yg wajib dan yg lebih wajib, perkara yg hairan dan yg lebih dihairani, perkara yg susah dan yg lebih susah, perkara yg dekat dan yg lebih dekat:
Berkata Imam Shafie,

-WAJIB manusia utk bertaubat, tapi lebih WAJIB meninggalkan dosa

- HAIRAN melihat org menjaga tingkahlaku, tp lebih HAIRAN org lupa ttg tngkahlakunya(buruk)

-Sabar  ketika dilanda musibah itu SUSAH, ttp menjaga pahala utu lagi SUSAH

- Setiap yg kamu cita2kan itu DEKAT dan mati sebelum tercapai cita2 itu lagi DEKAT (jgn panjang angan2)

Tuesday, October 28, 2014

Sebelum As-Shafie Pergi

Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik. Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:
1. Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.
3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.
5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.
7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t., membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.
8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH s.w.t., sabar menerima bala’ dan bertaubat.
9. Hak kepada Rasulullah s.a.w., iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.
10. Hak kepada ALLAH, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.
_________________________
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-MU kepada hamba-hamba-MU."

Wednesday, August 27, 2014

Golongan Ahli Sabar

السلام عليكم ورحمةالله
بسم الله الرحمن الرحيم

'Kami sabar buat taat , dan sabar meninggalkan maksiat.'

Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab"
(Surah az-Zumar: 10)

Berdasarkan ayat di atas mereka yang bersabar akan diberikan pahala tanpa hisab, hinggakan di izinkan masuk ke syurga tanpa hisab. Sabar yang paling tinggi adalah sabar melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT tanpa soal dan sabar meninggalkan maksiat dan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah SWT.

Golongan Ahli Sabar adalah mereka yang sabar menahan diri daripada keluh kesah pada sesuatu yang tidak disukai.

Sifat sabar perlu ketika menghadapi tiga perkara berikut:

1. Menahan diri daripada keluh kesah dan menahan diri daripada mengadu kepada yang lain selain daripada Allah SWT ketika berlaku sesuatu bala atau bencana.

2. Menahan diri dalam mengerjakan segala perintah Allah.

3. Menahan diri dalam meninggalkan segala larangan Allah.

Sifat sabar itu dipuji pada syarak kerana seseorang yang bersifat sabar menunjukkan ia beriman dengan sempurna kepada Allah, dan menunjukkan ia taat dan menjunjung segala perintah agama.

Orang yang beriman kepada Allah mengetahui bahawa segala perkara yang berlaku ke atas drinya adalah kehendak Allah yang tidak dapat dielak lagi. Begitulah juga orang yang taat, tidak akan merasa susah dalam mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah SWT, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah SWT tanpa dia membawa dosa sedikitpun."
(Hadis riwayat Tirmizi).

Monday, August 25, 2014

Tiga Golongan Masuk Syurga Tanpa Hisab.

السلام عليكم ورحمةالله
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Ali bin Husain r.a (cucu Saidina Ali k.w) berkata : "Jika Allah SWT mengumpulkan orang-orang yang terdahulu dan yang akhir, maka ada seruan yang memanggil : 'Dimanakah orang ahlul fadhli? Lalu bangkit beberapa orang yang langsung menuju ke syurga, maka disambut oleh malaikat dan ditanya : 'Hendak ke mana kamu?' Jawab mereka : 'Ke syurga.' Di tanya lagi : ' Sebelum di hisab?' Jawab mereka : 'Ya sebelum hisab.' Lalu ditanya: 'Siapakah kamu?' Jawab mereka :'Kami ahlul fadhli.' Lalu ditanya : 'Apakah kelebihanmu di dunia? ' Jawab mereka :'Kami jika diganggu orang kami maafkan dan jika diperbodohkan orang kami bersabar.' Maka berkata makaikat :'Masuklah kamu ke syurga maka sebaik-baik pahala yang telah beramal'."

Kemudian ada seruan : "Di manakah ahli sabar.' Lalu berdiri sebahagian orang dan terus menuju ke syurga. Maka ditanya oleh malaikat : 'Kamu hendak kemana?' Jawab mereka :' Ke syurga,' Di tanya : 'Adakah sebelum hisab?' Jawab mereka :'Ya sebelum hisab.' Lalu ditanya : 'Siapakah kamu?' Jawab mereka : 'Kami ahli sabar.' Lalu ditanya :'Bagaimana kesabaranmu?' Jawab mereka : 'Kami sabar buat taat , dan sabar meninggalkan maksiat.' Maka berkata malaikat ;'Silakan masuk syurga , maka sebaik-baik pahala bagi yang beramal.'

Kemudian ada seruan : "Di manakah tetangga Allah SWT.?' Lalu bangun beberapa orang dan langsung menuju ke syurga. Maka ditanya malaikat: 'Kamu hendak kemana?' Jawab mereka :'Ke syurga.' Di tanya : 'Apakah sebelum hisab ?' Jawab mereka : 'Ya' Lalu ditanya : 'Siapakah kamu? Jawab mereka : ' Kami tetangga Allah SWT di bumi.' Lalu ditanya :'Bagaimana keadaan tetanggamu?' Jawab mereka :'Kami cinta -mencinati kerana Allah SWT dan korban -berkorban kerana Allah SWT dan sambung-menyambung kerana Allah SWT . Maka berkata malaikat : 'Masuklah kamu ke syurga maka sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal'."

(Petikan daripada Himpunan Hadis Modal Insan 2, Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri : Telaga Biru Sdn Bhd -Cetakan Pertama 2007)

Wednesday, August 20, 2014

Renungan

BACA UNTUK DIRI SENDIRI, EDAR UNTUK SEMUA....

Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi:

***Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia

***Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak

***Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan

***Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta

***Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa

***Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan

***Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi, sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia

***kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah

***tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia

***Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT

***Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar.

***Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita

***kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita

***kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam,solat tahajud dan bermunajat

***kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...

***tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...

***Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman

***apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala- galanya..

***setiap kali menyambut hari jadi.kita sibuk nak raikan sebaik mungkin.tetapi kita telah lupa.dengan bertambahnya umur kita...maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...

***kita patut bermuhasabah mengenai bekalan.

***ke satu perjalanan yang jauh.

***yang tidak akan kembali..dan buat selama-lamanya.

***sesungguhnya mati itu benar.

***Alam kubur itu benar, Hisab itu benar mahsyar Allah itu benar syurga dan neraka itu benar...

***Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yg byk memberi kesedaran bhw dunia sementara dan akhirat kekal abadi.

*** Penyelesaian kpd masalah hidup adalah melalui iman dan amal. Iman sebesar zarrah, Allah muliakan dgn syurga 10 x dunia.

***Jaga solat 5 waktu (amal), Allah selesaikan masalah bukan hanya di dunia malah masalah di kubur, masyar, titian sirat dan mizan.

***Dgn 5 waktu amal selesai masalah di 5 tempat.

Renung2kan dan selamat beramal.
Sharing is caring.. 

Tuesday, August 19, 2014

Larangan Berkabung

Kalau ingin berkabung syarat tidak lebih tiga hari dr hari kematian. Sebab itu dalam riwayat Zainab binti Abi Salamah, dia berkata,

“Aku masuk menemui Ummu Habibah r.ha iaitu isteri Nabi SAW ketika sampainya berita kematian ayahnya Abu Sufyan r.a dari negeri Syam. Pada hari ketiga setelah ayahnya (Abu Sufyan) meninggal, Ummu Habibah meminta minyak wangi lalu mengusapkannya pada kedua sisi wajahnya dan kedua pergelangannya. Beliau berkata: Demi Allah! Aku sebenarnya tidak berkeinginan terhadap wangian, cumanya kerana aku pernah mendengar Rasulullah SAW : Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu empat bulan 10 hari.”

Telah wafat Rasulullah SAW sedangkan para sahabat baginda yang amat mengasihi baginda tidak melakukan amalan berkabung. Telah wafat para khalifah yang sangat mulia; Abu Bakr, Umar, Uthman, ‘Ali dan seluruh para sahabat Nabi SAW yang mulia, umat Islam tidak pernah membuat amalan berkabung! Telah meninggal ‘Umar bin ‘Abd al-Aziz khalifah yang agung, umat Islam juga tidak berkabung. Padahal mereka lebih layak untuk ditangisi dan berkabung.

Hamba Yang Baik, Kaya, Muslim dan Mukmin

السلام عليكم ورحمةالله
بسم الله الرحمن الرحيم

Rasulullah s.a.w. bersabda “Jauhilah dirimu daripada perkara yang diharamkan, kamu akan menjadi hamba yang baik, dan redhalah dengan apa yang telah diberikan Allah kepadamu, kamu akan menjadi orang yang paling kaya. Berbuat baiklah kepada jiran, kamu akan menjadi seorang Mukmin. Sukailah orang lain seperti kamu menyukai dirimu, kamu menjadi seorang Muslim. Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu dapat mematikan hati (Riwayat Ahmad melalui Abu Hurairah r.a.)

Dalam hadith yang lain Rasulullah saw bersabda, Tunaikanlah apa yang telah difardhukan Allah ke atas dirimu nescaya kamu menjadi orang yang paling beribadah. Dan jauhilah apa yang diharamkan Allah, nescaya kamu menjadi orang yang paling wara`. Dan redhalah terhadap apa yang diberikan untukmu, nescaya kamu menjadi orang yang paling kaya
(Riwayat Addi melalui Ibnu Masud r.a.)

Orang Yang Kaya

Orang yang kaya sebenarnya ialah orang yang kaya jiwanya iaitu tidak bakhil atau kedekut. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah, akan tetapi kekayaan (yang sebenar-benarnya) ialah kaya jiwa.” 

Rasulullah Sallallaahu Alayhi Wa sallam bersabda yang bermaksud: “Apabila Allah menghendaki kebaikan terhadap seorang hamba, maka dia menjadikannya kaya jiwa dan dalam hatinya ada takwa. …
(Riwayat Hakim melalui Abu Hurairah)

Jangan Banyak Ketawa. 

Ibnu Mas’ud meriwayatkan dari Auf bin Abdullah bahawa biasanya Rasulullah S.A.W. tidak tertawa melainkan senyum simpul. Rasulullah tidak pernah ketawa berdekah-dekah, hanya tersenyum sahaja samada senyum kecil atau senyum lebar. “Tawa Rasulullah SAW, hanyalah senyuman”
(Riwayat Tirmidzi).

Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh.

Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW menyebut “Aku hairan orang yang tertawa dengan mulut yang terbuka penuh sementara ia tidak tahu apakah tuhan menyukai perbuatannya itu atau tidak“.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda: “Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu kurang ketawa dan banyak menangis.” (Riwayat al-Bukhari).

Rasulullah SAW mengetahui kerana Baginda telah melihat dengan matanya sendiri keadaan Syurga dan Neraka semasa Mikraj.

Saturday, August 2, 2014

AMALAN YANG DICINTAI ALLAH

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
بسم الله الرحمن الرحيم...

Memasukkan Rasa Gembira di Hati Muslim

Ibnu Umar r.a. berkata bahwa Rasulullah saw bersabda : “Amal ibadah yang paling dicintai Allah ‘Azza wa jalla adalah engkau memasukkan rasa gembira kepada orang muslim atau menghilangkan kesulitan darinya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau mengusir rasa lapar darinya.” (HR At Thabrani)

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi Muhammad saw bersabda : “Barangsiapa menghilangkan kesulitan dari seorang mukmin dari kesulitan-kesulitan dunia, maka Allah akan menghilangkan darinya kesulitan dari kesulitan-kesulitan pada hari kiamat. Allah akan selalu menolong seseorang selama ia menolong orang lain.” (HR Muslim, Ahmad, dan At Tirmidzi)

Imam Muhammad bin Ishak rahimahullah telah meriwayatkan bahwa orang orang Madinah ada yang hidup selalu mendapatkan bantuan, tetapi mereka tidak tahu dari mana bantuan tersebut dan siapa yang memberikannya. Tatkala Zainal Abidin bin Husain rahimahullah meninggal dunia, mereka baru merasakannya, mereka baru tahu bahwa ternyata dialah orangnya yang dahulu selalu mendatangi mereka di waktu malam dengan membawa bantuan yang diberikannya kepada mereka. Mereka juga menyebutkan, ketika memandikannya mereka menemukan pada punggungnya dan pundaknya bekas-bekas membawa karung ke rumah-rumah para janda, anak-anak yatim, dan kaum miskin.

Abu Said Al Khudzri r.a. mengatakan bahwa Rasulullah saw bersabda “Perbuatan ma’ruf dapat mencegah mati secara buruk.” (HR Ibnu AbidDunya)

Sifat “Itsar” (Mengutamakan Orang Lain) dan “Muwasah” (Menghibur Orang Lain)
Allah swt telah memerintahkan kita agar kita memegang teguh kedua sifat mulia ini, ketika Dia memuji kaum Anshar dalam firmanNya :

“Dan, mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka, sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan).” (Al Hasyr : 9)

Ibnu Umar r.a. berkata, “Aku pernah memberikan hadiah kepala kambing kepada salah seorang sahabat Rasulullah saw, tetapi ia berkata, “Ada orang lain yang lebih memerlukan daripada saya.” Lalu, dia pun mengirimkannya kepada orang tersebut, lalu orang kedua itu mengirimkannya kepada orang ketiga yang menurutnya lebih memerlukan daripada dirinya. Begitulah seterusnya. Setiap orang yang dikiriminya, kerana dianggap lebih perlu  mengirimnya (memberikannya) kepada orang lain hingga kepala kambing tersebut kembali ke orang pertama, setelah ia berpindah-pindah melalui tujuh orang.”

Di antara keajaiban itsar adalah apa yang diriwayatkan oleh Adawi ketika ia bertutur, “Aku pergi sambil membawa air untuk anak pamanku pada saat terjadinya perang Yarmuk. Aku berkata dalam hatiku, “Jika ia haus, aku akan memberinya air.” Lalu aku menemukannya, aku berkata, “Aku akan memberimu air minum.” Ketika ia mengisyaratkan bahwa ia mau, tiba-tiba ada orang lain yang sedang mengaduh, “Aduh, aduh”. Sepupuku itu mengisyaratkan kepadaku dengan kepalanya agar aku segera pergi ke orang tersebut. Ternyata ia adalah Hisyam bin Ash. Aku berkata, “Aku akan memberimu minum.” Ia memberikan isyarat “Ya”. Lalu, ia mendengar ada orang lain yang sedang mengaduh-aduh.

Hisyam pun mengisyaratkan kepadaku agar aku pergi kepadanya. Ternyata orang tersebut telah meninggal dunia. Maka aku segera menemui Hisyam, dan ternyata ia telah meninggal dunia. Lantas aku mendatangi anak pamanku, dan ternyata ia juga telah meninggal dunia. Tidak satupun yang sempat minum airku karena sikap itsar mereka kepada orang lain.”

Contoh lain. Al Hikam dalam kitab al Mustadrak dan Abu Nu’aim dalam kitab Auliya meriwayatkan bahwa Muawiyah bin Abu Sufyan r.a. mengirimkan 80.000 (delapan puluh ribu) dirham kepada Aisyah r.a. yang saat itu sedang berpuasa, dengan berpakaian lusuh. Saat itu juga hadiah tersebut dibagikan kepada kaum fakir miskin sehingga tidak tersisa sedikitpun. Pembantu Aisyah berkata kepadanya, “Wahai Ummul Mukminin, mengapa engkau tidak menyisakan satu dirham sehingga engkau mampu membeli daging untuk berbuka nanti? Jawab ‘Aisyah r.a., “Wahai putriku, jika engkau mengingatkanku tadi, tentu aku melakukannya. Janganlah engkau marah padaku.”

Perhatikanlah, bagaimana ‘Aisyah sampai melupakan dirinya sendiri sehingga tidak menyisakan satu dirham pun. Hal itu terjadi kerana perhatiannya yang penuh kepada fakir miskin, para janda, dan orang-orang yang lain. Dia ingin menggembirakan hati orang lain dan tahu bahwa jalan ke arah sana adalah dengan melakukan itsar dan muwasah.

Mendoakan Kaum Muslimin dan Muslimah, baik yang masih hidup maupun yang telah meninggal dunia.

Abu Darda r.a. mengatakan bahwa Rasulullah saw bersabda : “Doa orang muslim untuk saudaranya yang telah tiada, akan dikabulkan. Di kepalanya terdapat malaikat mewakili, selagi mendoakan kebaikan untuk saudaranya. Malaikat tersebut akan mengatakan “Amin” dan engkau akan mendapakan hal serupa.” (HR Muslim, Ahmad, dan Ibnu Majjah)

Seorang sahabat yang mulia, Imran bin Husain, mengatakan bahwa Rasulullah saw bersabda : “Doa seorang untuk saudaranya yang telah tiada, tidak akan ditolak.” (HR al Bazaar)

Memberikan Shadaqah dan Mengerjakan Kebaikan

Dulu, kaum salafus saleh berkata, “ Orang yang hidup untuk dirinya sendiri tidak layak untuk dilahirkan.”

Rasulullah saw. bersabda : “Sesungguhnya seorang wanita pelacur melihat seekor anjing sedang mengelilingi sebuah sumur pada suatu hari yang terik. Anjing itu menjulurkan lidahnya karena kehausan, maka dibukanya botnya, lalu wanita tersebut diampuni dosa-dosanya.” (HR Muslim)

Rasulullah saw telah memudahkan urusan sedekah ini kepada kita dengan sabda beliau : “Hendaklah salah seorang dari kamu menyelamaykan wajahnya dari api meskipun hanya dengan (melakukan sedekah sebesar) separuh kurma, yakni setengah biji kurma.” (HR Ahmad)

“Jagalah dirimu dari api nereka, meskipun dengan separuh biji kurma. Jika tidak menemukannya, maka (bersedekahlah) dengan tutur kata yang baik.” (HR Bukhori, Muslin, Nasa’i, dan Darami)

Pada suatu hari Rasulullah saw duduk-duduk bersama para sahabatnya dan berkata, “Siapa di antara kalian yang puasa hari ini?” Abu Bakar menjawab, “Saya”. Tanya Nabi saw lagi, “Siapa di antara kalian yang yang menjenguk orang sakit hari ini?” Abu Bakar menjawab, “Saya”. Rasulullah saw bertanya : “Siapa di antara kalian yang hari ini mengiringi jenazah?” Jawab Abu Bakar, “Saya”. Lalu Rasulullah saw bersabda : “Semua (perkara) itu tidak berkumpul pada diri seseorang melainkan ia akan masuk surga.” (HR Muslim)

Mengunjungi saudaranya (Kaum Muslimin)/bersilaturrahmi

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw bersabda : “Ada seorang laki-laki mengunjungi saudaranya yang tinggal di sebuah dusun, maka Allah Ta’ala mengirim satu malaikat untuk mengikutinya dalam perjalanan. Setelah bertemu dengan orang itu, ia bertanya: “Hendak ke mana Anda?” Orang itu menjawab, “Hendak mengunjungi saudaraku.” Malaikat itu bertanya, “Apakah berkunjung ini kerana Anda berhutang budi kepadanya?” Jawab orang itu, “Tidak, tetapi aku mencinta dia semata-mata kerana Allah Ta’ala.” Kata malaikat, “Sesungguhnya aku (malaikat) diutus Allah Ta’ala menemui Anda, untuk menyampaikan bahwa Allah mencintai Anda kerana Anda mencintai saudaramu kerana Allah".
(HR Muslim, Ahmad, dan Bukhori)

Saturday, July 26, 2014

Luasnya Keampunan Allah SWT

السلام عليكم ورحمةالله
بسم الله الرحمن الرحيم

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda berdasarkan apa yang baginda hikayatkan dari Allah Azza wa jalla:

أَذْنَبَ عَبْدٌ ذَنْبًا فَقَالَ: اللهمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي. فَقَالَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى: أَذْنَبَ عَبْدِي ذَنْبًا، فَعَلِمَ أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِالذَّنْبِ. ثُمَّ عَادَ فَأَذْنَبَ، فَقَالَ: أَيْ رَبِّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي. فَقَالَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى: عَبْدِي أَذْنَبَ ذَنْبًا فَعَلِمَ أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِالذَّنْبِ. ثُمَّ عَادَ فَأَذْنَبَ، فَقَالَ:  أَيْ رَبِّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي. فَقَالَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى: أَذْنَبَ عَبْدِي ذَنْبًا، فَعَلِمَ أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِالذَّنْبِ، اعْمَلْ مَا شِئْتَ فَقَدْ غَفَرْتُ لَكَ

Maksudnya: “Seorang hamba melakukan doa, lalu dia berkata: “Ya Allah ampunkanlah dosaku.” Lalu Allah yang Maha berkat berfirman: “HambaKu telah melakukan dosa. Dia mengetahui bahawa dia memiliki tuhan yang mahu mengampunkan dosa, dan boleh mengenakan hukuman terhadap dosa.” Setelah itu hamba tadi mengulangi dan berdosa sekali lagi. Lalu dia berkata: “Wahai tuhan, ampunkan dosaku.” Lalu Allah yang Maha berkat berfirman: “HambaKu telah melakukan dosa. Dia mengetahui bahawa dia memiliki tuhan yang mahu mengampunkan dosa, dan boleh mengenakan hukuman terhadap dosa.” Setelah itu hamba tadi mengulangi dan berdosa sekali lagi. Lalu dia berkata: “Wahai tuhan, ampunkan dosaku.” Lalu Allah berfirman lagi: “HambaKu telah melakukan dosa. Dia mengetahui bahawa dia memiliki tuhan yang mahu mengampunkan dosa, dan boleh mengenakan hukuman terhadap dosa. Lakukanlah apa yang kamu kehendaki, sesungguhnya Aku telah memberi keampunan kepada kamu[1].” 
(HR Muslim)

Di dalam hadis lain baginda bersabda:

إِنَّ الشَّيْطَانَ قَالَ: وَعِزَّتِكَ يَا رَبِّ، لاَ أَبْرَحُ أُغْوِي عِبَادَكَ مَا دَامَتْ أَرْوَاحُهُمْ فِي أَجْسَادِهِمْ. قَالَ الرَّبُّ: وَعِزَّتِي وَجَلَالِي، لآَ أَزَالُ أَغْفِرُ لَهُمْ مَا اسْتَغْفَرُونِي

Maksudnya: “Sesungguhnya Syaitan berkata: Demi kemuliaanMu wahai tuhan. Pasti aku akan berterusan memesongkan para hambaMu selama-mana nyawa berada di dalam tubuh badan mereka. Allah berfirman: “Dan demi kemuliaanKu dan keagunganKU, aku akan sentiasa memberi keampunan kepada mereka jika mereka meminta ampun daripadaku.”
(Hadis Sahih riwayat Ahmad 10974)

Di dalam al-Quran Allah SWT berfirman:

Maksudnya: “dan sesiapa Yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” 
(al-Nisa’: 110)

[1] Ia bermaksud selama mana seorang hamba itu terus meminta ampun kepadaNya apabila berdosa.

Friday, July 25, 2014

QUNUT NAZILAH


اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ وَ المُجَاهِدِيْنَ وَ المُسْتَضْعَفِين , فِى فَلَسْطِين وَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ

Ya Allah! Muliakan Islam dan orang islam. Ya Allah! Hinakan Syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di Palestin dan semua tempat dan di semua masa.

اللّهُمَّ دَمِّرْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّينْ ِ, اللّهُمَّ أهْلِكِ الكَفَرَةَ و الشِّرْكَ و المُنَافِقِيْنَ
اللّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِأَعْدَائِنَا وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ, اللّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَقِلَّ عَدَدَهُمْ وَسِلاحَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاِبكَ
Ya Allah! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mu) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan perhimpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kurangkan bilangan dan senjata mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu.

يَاقَهَّارُ يَاجَبَّارُ يَامُنْتَقِمُ يا الله , يا الله , يا الله , يا رب العالمين
Wahai Tuhan yang maha gagah, Wahai Tuhan yang maha keras, Wahai Tuhan yang maha membalas, Wahai Allah!!

اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ

اِهْزِمِ الكُفَّار , اِهْزِمِ اليهود, اِهْزِمْ أَمَرِيْكَا وَمَنْ وَلاَّ هُمْ , وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ
Wahai Allah, Tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), Tuhan yang menggerakkan langit, Tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan mereka dan berilah kemenangan kepada kami terhadap mereka. Kalahkanlah yahudi, kalahkan Amerika dan sekutu-sekutu mereka, dan tolonglah kami atas mereka.

أَنْتَ قَوِىٌّ و نَحْنُ ضُعَفَاء , نَشْكُوا ضُعْفَ قُوَّتِنَا , اللّهُمَّ أَنْتَ رَبُّنَا وَ َنْحنُ عِبَادُكَ
Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu.

اللّهُمَّ ارْزُقْنَا شَهَادَ ةً فِىْ سَبِيْلِكَ , رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Ya Allah! Rezekikan kepada kami Syahid di jalan kamu. Ya Allah! Berikan kepada kami kehidupan di dunia ini baik dan di akhirat juga baik, dan selamatkan kami dari Azab neraka.

وصلى الله على رسوله الكريم

Thursday, July 17, 2014

Adab dengan telefon

��Soalan:
Kenapa tiada seorang pun pemain bola sepak membawa handphone mereka masuk padang ketika perlawanan bola sepak?

��Jawapannya:
Sebab tiada kepentingan. Mereka hanya perlu fokus kepada permainan mereka.

��Persoalan yang diberikan oleh TG Syeikh Nuruddin Al-Banjari: Jadi kenapa kita perlu membawa handphone ketika masuk ke rumah Allah/masjid?

��Adakah padang bola itu lebih mulia daripada masjid?

��Adakah bermain bola itu perlu lebih khusyuk daripada solat?

��Pesanan Syeikh:
Mulai sekarang, belajarlah..  untuk tidak menyibukkan diri dengan handphone/ netbook/laptop dalam rumah Allah kerana tiada urusan yang lebih penting daripada urusan kita dengan Allah.

��Jaga adab kita dengan Allah. Selamat Menunaikan Solat...

Thursday, July 10, 2014

Jangan Terburu

Assalamualaikum warohmatullah
Bismillahirrahmanirrahim...

Daripada Abu hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Tidak boleh seseorang mukmin lelaki membenci terhadap seseorang mukminah perempuan. Jika dia tidak suka suatu kelakuannya (boleh jadi) dia suka perbuatan yang lain atau perbuatan yang lain daripada yang dibencinya itu”. 

Riwayat: Muslim

Huraian Hadith: 

Para suami dinasihatkan supaya tidak bertindak dengan terburu-buru didalam urusan rumahtangga mereka. Jika berlaku perselisihan maka suami hendaklah bersabar dan bertindak dengan waras. Janganlah terus menceraikan isterinya kerana terlalu marah kerana disebaliknya banyak kebaikan yang diperolehi daripada isterinya yang perlu diambil kira.

Kedamaian dan ketenangan rumahtangga adalah asas kebahagian dalam kehidupan suami isteri.

Orang yang beriman hendaklah berhakimkan akalnya dalam menyelesaikan sebarang perselisihan dengan isterinya, bukan berhakimkan perasaan dan sikap semulajadinya.

Sunday, June 15, 2014

Kuliah puasa dr sudut kesihatan.

Oleh Dr Norhissam Mustafa, CEO IPKIM (Institut Pengurusan Kesihatan Islam Malaysia)

Tajuk ' Ramadhan Pesta Makanan.....Jom Ubah ke Pesta Ibadah '

-Zaman kegemilangan Islam, puasa adlh kemuncak kekuatan. Bln Ramadhan adlh pesta ibadah. Banyak peristiwa besar berlaku spt perang Badar, dn berbagai lagi menunjukkan kekuatan ummat
- Kini Ramadhan dikaitkan dgn keletihan, kelemahan, mengantuk, kurangnya produktiviti dan kini ianya adlh pesta makanan
-Ramadhan adlh bulan kesihatan, bulan silaturrahim, musim perubahan, masa hilang ketagihan, bulan lembut hati, bulan keluasan rezeki, bulan membaiki institusi keluarga

Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa;--

1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adlh kesilapan. Nabi buka puasa dgn 3 biji kurma (atau makanan yg tinggi pottasium spt makanan bergula perang....bukan bergula putih) dan air kosong. Sbb buka puasa bkn utk perut tetapi utk beri tenaga kpd hypotanamos (otak dalam otak). Satu cara elakkan hidang makan malam didepan semasa berbuka. Hypotanamos yg keletihan berfungsi sepanjang hari akn tidak berfungsi dgn betul sekiranya makanan masuk dgn banyak semasa berbuka. Ianya menyebabkan masalah serius kesihatan

2. Jangan window shopping ke bazar ramadhan. Ia akan mengganggu fungsi kawalan hypotanamos. Ianya menyebabkan kita hilang perhitungan utk terus membeli makanan yg kita tidak perlu

3. Jangan lewatkan solat maghrib.
-makanan yg dimakan menghasilkan tenaga utk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yg dilakukan oleh solat yg disegerakan. Allahuakbar......

4. Slps solat maghrib, sel sudah dpt tenaga. Balik terus makan malam. Fully auto kita akan makan secara baik. Jgn lbh lima jenis makanan dlm satu hidangan. Nasi, lauk, sayur, buah dan air

5. Slps mkn mlm, sangat baik kita MANDI dgn air sejuk. Jgn pakai heater. Blh pakai air batu tambah sejuk. Jgn risau mandi malam dgn paru2 berair. DONGENG. Dalilnya jika kita berhadas besar, feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jgn mandi mcm burung utk elak paru2 berair. Burung mandi dgn cara basahkan rambut tapi badan x basah.

5. Slps mandi, sblm pegi solat isyak minum setengah cawan air campuran 3 biji kurma, satu sudu teh madu lebah dan susu segar yg diblender.

6. Solat Isyak berjemaah. Lps tu sembahyang terawik solat dengan perlahan dan santai. Jgn cari yg gopoh gapah.

7. Pastikan ringan ambil moreh. Mkn lps pkl 10.30 adlh kemudharatan yg besar. Masa ini tenaga sdh cukup penuh dlm badan. Masa tu aktiviti terbaik adlh tadarrus minima 1 helai. Masa ini tenaga akan bawa input terbaik kedalam otak dan hati. Klu masa ini diisi dgn aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yg kita isi dan blh menjadi pegangan kita seterusnya

8. Slps itu sebaiknya tidur sblm pkl 12 mlm utk kerehatan. Jgn pasang lampu semasa tidur kerana pasang lampu meningkatkan kadar kolestrol 4 kali ganda

9. Slps itu bangun pkl 3 utk qiamullail. Sunat kejutkan ahli keluarga dgn renjis air sejuk dgn ujung jari. Boleh mandi. Xde masalah kesihatan.

10. Sempurnakan 13 rakaat solat. Sunat wuduk, taubat, tahajjud, hajat dan witir,

11. Slps qiam, blh tidur tetapi ringankan seperempat. Masa ni di langit ada spektro bewarna merah jambu antara 3 hgga 5 pg. Masa ini Allah anugerahkan kesembuhan kpd banyak penyakit.

12. Sahur. Sebaik2 sahur adlh seperlapanbelas dari makan malam iaitu lebihan makan malam. Lewatkan masa masak utk elak cepat basi. Lebihkan masak masa mkn malam, jgn campur garam dan simpan sikit utk sahur. Bila nk sahur panaskan dan baru campur garam

11. Slps sahur, terus solat subuh berjemaah.

12. Jangan tidur slps subuh krn gangguan kpd hypotanamos. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan

13. Tidur qailullah ( 1 jam sblm zohor). 1 minit waktu ini menyamai tenaga tidur sejam waktu biasa.

Cara makan kurma....60% kebaikan berada pada selaput permukaan luar kurma. Masukkan sebiji kurma dan last sekali keluar biji. Jgn kupas di luar. Kurma terbaik ada 4 jenis.....ajwa, mabrom, sapawi,[truncated by WhatsApp]

Saturday, June 14, 2014

Sumber Yang Haram

Asslamuaaaikum wbrt...
Bimillahirrohmannirrohim

Dari Jabir bin Abdullah RA katanya Rasulullah SAW bersabda:

”Jika engkau menjual buah-buahan (yang masih di pokok/kebun), lalu buah-buahan itu rosak dimakan hama, maka tidak halal bagimu menerima pembayaran kerana bererti engkau mengambil harta saudaramu tanpa hak.”     

Huraian          

Mu'amalat adalah merujuk kepada segala urusan yang berkaitan dengan harta ( mal ). Islam memperincikan pengurusan harta agar ia menepati kehendak sebenar dan menjamin hak setiap individu demi mengelak penindasan dan penipuan disamping membentuk jati diri seperti jujur, amanah, adil dan telus.        

Sesungguhnya syariatlah yang memandu kita agar tidak tersasar dari sikap tamak, rakus dan haloba kerana tidak ada jaminan bahawa kita mampu mengawasi nafsu yang memang fitrahnya mencari dan mengejar keuntungan semata-mata.

Thursday, June 12, 2014

Cara berbakti kepada ibu bapa yang sudah meninggal dunia.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

Dari Aisyah menceritakan bahwa seorang lelaki datang kepada Rasulullah bertanya : Ya Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia, dan dia tidak ada berwasiat apa pun dan saya rasa kalau dia sempat berbicara dia akan bersedekah, apakah dia mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya ? Nabi menjawab : Ya (bersedekahlah dan dia akan mendapat pahala ). (HR. Bukhari dan Muslim)

Dari Abi Usaid Malik bin Rabi’ah berkata bahawa ketika kami sedang duduk-duduk bersama Rasulullah saw. tiba-tiba datang seorang lelaki dari kabilah Bani Salamah berkata : “Ya Rasulullah, adakah kebaikan yang dapat saya lakukan kepada kedua ibu bapa saya yang telah meninggal dunia? Rasul menjawab, Ada, engkau berdoalah untuk keduanya dan meminta diampunkan dosa-dosa mereka dan tunaikan wasiat dan janji-janji mereka dan hubungkan silatiurahim dengan saudara dan keluarga mereka dan hormati serta muliakan kawan-kawan mereka.“
(HR. Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban)

"Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla menaikkan darjat seorang yang soleh di syurga, lalu dia bertanya: “Wahai Tuhan! Kenapa saya mendapat kelebihan ini?” Dijawab: “Disebabkan permohonan ampun anak kamu untuk kamu.” (HR Ahmad)

Sunday, June 8, 2014

PERILAKU UMAT AKHIR ZAMAN 2

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

Sabda baginda:           

“Tidak akan terjadi hari Qiamat sehinggalah umatku bermegah-megah dengan masjid.”
(Abu Daud) 

Huraian hadith:           

Kata Nabi, hari Qiamat akan berlaku setelah umat Islam bermegah-megah dengan masjid. Inilah yang berlaku sekarang. Banyak masjid yang besar-besar, yang mahal-mahal bahan binaannya, yang siap dengan kolam dan taman, yang dalamnya dihiasi dengan perhiasan yang indah-indah dan dihebahkan pula kehebatannya di dalam media seluruh dunia tetapi kosong daripada jemaah. Manusia berbangga dengan masjid, bukan dengan banyaknya jemaah ke masjid. Pada zaman Rasulullah, masjid tidak dihiasi tetapi suasananya sangat meriah, sentiasa ada banyak orang yang beribadah di dalamnya siang dan malam.

Saturday, June 7, 2014

PERILAKU UMAT AKHIR ZAMAN 2

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
 

Rasulullah s.a.w pernah berdoa:           

“Ya Allah! Janganlah engkau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (iaitu para sahabat) dengan suatu zaman di mana (pada zaman itu) para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang bersopan-santun sudah tidak disegani lagi.
(Ahmad) 

Huraian hadith:           

Nabi Muhammad memohon perlindungan daripada Allah s.w.t agar baginda dan para sahabatnya tidak hidup pada zaman di mana para ulama dan orang baik diketepikan. Boleh jadi sekaranglah zaman yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w itu.

Kini nasihat dan teguran daripada para ulama sudah tidak dihiraukan. Sebaliknya para ulama itu pula yang dikatakan salah dan sesat. Maksiat berleluasa. Orang tidak segan lagi membuat maksiat walaupun di depan orang alim dan khalayak ramai. Malahan kadang-kadang perbuatan maksiat itu sengaja dibuat di hadapan para ulama untuk menunjukkan rasa ego si pembuat dan juga untuk menyakitkan hati para ulama.           

Begitu juga dengan orang yang bersopan-santun sudah tidak dihormati lagi. Masyarakat lebih suka menyanjung orang yang bersikap keras (brutal), sering membuat lawak, menjatuhkan air muka orang lain secara berkelakar, berperangai gila-gila, mengikut ‘trend’ Barat (tajaan Atheis, Yahudi dan Nasrani) dan lain-lain sedangkan itu semua bertentangan sama sekali dengan sifat-sifat nabi Muhammad s.a.w. Orang yang lemah-lembut dan bersopan-santun sudah tidak ada tempat dalam masyarakat.

Thursday, March 27, 2014

Siratul Mustakim -Jalan Menuju Ke Syurga

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat

Sahabat yang dirahmati Allah,

Dalam sebuah hadis yang panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud:"Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu :

‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’

Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan.

Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.

Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia."

Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah SAW dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan."

Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.”
(Hadis Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadis Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah SAW. menyifatkan bahaw sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.

Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia.

Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.

Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata : "Setiap orang yang biasa berjalan di titian agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat.
Dan sesiapa yang tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan berjalan di atasnya, kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal selama-lamanya."

Jadi di sini, disertakan cara-cara dan pantang larat sirat.

Rasulullah SAW. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :

1. Banyakkan bersedekah

2. Melazimkan diri hadir ke masjid

Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu antara lain ialah :

1. Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin

Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :

“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut."

*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.

Sahabat yang dikasihi,

Betapa dahsyatnya perbicaraan di hari akhirat , semua amalan akan dihisab dengan teliti dan halus dan tidak ada satu amalan pun yang tertinggal tidak dihisab melainkan mendapat keampunan daripada Allah SWT.

Terdapat 7 sekatan di titian sirat dan pemeriksaan terhadap amal-amal manusia. Salah satu tersangkut maka perjalanan tak akan dapat diteruskan menuju syurga Allah SWT. Oleh itu beramalah dengan amalan-amalan yang ikhlas untuk mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT untuk memasuki syurga-Nya.

Monday, March 3, 2014

Umat bertuah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

Umat Muhammad merupakan setengah penghuni syurga

عَنْ عَبْدِاللهِ؛ قَالَ: قَالَ لَنَا رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم:أَمَا تَرْضَوْنَ أَنْ تَكُوْنُوْا رُبُعَ أَهْلِ الْجَنَّةِ؟ قَالَ فَكَبَّرْنَا. ثُمَّ قَالَ :أَمَا تَرْضَوْنَ أَنْ تَكُوْنُوْا ثُلُثَ أَهْلِ الْجَنَّةِ؟ قَالَ فَكَبَّرْنَا. ثُمَّ قَالَ : إِنِّي َلأَرْجُوْ أَنْ تَكُوْنُوْا شَطْرَ أَهْلِ الْجَنَّةِ. وَسَأَخْبَرُكُمْ عَنْ ذَلِكَ. مَا الْمُسْلِمُوْنَ فِي الْكُفَّارِ إِلاَّ كَشَعْرَةِ بَيْضَاءٍ فِي ثَوْرٍ أَسْوَدَ. أَوْ كَشَعْرَةِ سَوْدَاءٍ فِي ثَوْرِ أَبْيَضَ

Hadis riwayat Abdullah bin Masud Radhiyallahu’anhu, ia berkata: “Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam bersabda kepada kami: Redhakah kalian menjadi seperempat penghuni syurga? Kami (para sahabat) bertakbir. Beliau bersabda lagi: Redhakah kalian menjadi sepertiga penghuni syurga? Kami pun bertakbir. Lalu beliau kembali bersabda: Sungguh, aku berharap kalian dapat menjadi setengah penghuni syurga. Aku akan memberitahukan hal itu kepada kalian. Orang-orang Islam di tengah orang-orang kafir seperti sehelai rambut putih pada sapi hitam, atau seperti sehelai rambut hitam pada sapi putih.”

Tuesday, February 4, 2014

Usia Dalam Al-Quran

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah

Pada ayat yang lain, firman Allah;

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ

Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan?   (al-Fathir: 37)

Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh².

Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya)  Kematangan.

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:

“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi² yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.

Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan² elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun. Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu telah berusia 40 tahun. Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun. Soeharto menjadi presiden pada umur 46 tahun. J.F. Kennedy 44 tahun. Bill Clinton 46 tahun. Paul Keating 47 tahun. Sementara Tony Blair 44 tahun.

Mengapa umur 40 tahun begitu penting.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu
1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )

Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.

Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,

لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد

"Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)

Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati² juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”

Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa² syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah.”

Lantas, apa yang harus kita lakukan   menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.

Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.

Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ," Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati".

Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam as. sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah swt. tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa..

Wallahu a’lam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...