Tuesday, August 19, 2014

Larangan Berkabung

Kalau ingin berkabung syarat tidak lebih tiga hari dr hari kematian. Sebab itu dalam riwayat Zainab binti Abi Salamah, dia berkata,

“Aku masuk menemui Ummu Habibah r.ha iaitu isteri Nabi SAW ketika sampainya berita kematian ayahnya Abu Sufyan r.a dari negeri Syam. Pada hari ketiga setelah ayahnya (Abu Sufyan) meninggal, Ummu Habibah meminta minyak wangi lalu mengusapkannya pada kedua sisi wajahnya dan kedua pergelangannya. Beliau berkata: Demi Allah! Aku sebenarnya tidak berkeinginan terhadap wangian, cumanya kerana aku pernah mendengar Rasulullah SAW : Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu empat bulan 10 hari.”

Telah wafat Rasulullah SAW sedangkan para sahabat baginda yang amat mengasihi baginda tidak melakukan amalan berkabung. Telah wafat para khalifah yang sangat mulia; Abu Bakr, Umar, Uthman, ‘Ali dan seluruh para sahabat Nabi SAW yang mulia, umat Islam tidak pernah membuat amalan berkabung! Telah meninggal ‘Umar bin ‘Abd al-Aziz khalifah yang agung, umat Islam juga tidak berkabung. Padahal mereka lebih layak untuk ditangisi dan berkabung.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...