Monday, August 25, 2014

Tiga Golongan Masuk Syurga Tanpa Hisab.

السلام عليكم ورحمةالله
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Ali bin Husain r.a (cucu Saidina Ali k.w) berkata : "Jika Allah SWT mengumpulkan orang-orang yang terdahulu dan yang akhir, maka ada seruan yang memanggil : 'Dimanakah orang ahlul fadhli? Lalu bangkit beberapa orang yang langsung menuju ke syurga, maka disambut oleh malaikat dan ditanya : 'Hendak ke mana kamu?' Jawab mereka : 'Ke syurga.' Di tanya lagi : ' Sebelum di hisab?' Jawab mereka : 'Ya sebelum hisab.' Lalu ditanya: 'Siapakah kamu?' Jawab mereka :'Kami ahlul fadhli.' Lalu ditanya : 'Apakah kelebihanmu di dunia? ' Jawab mereka :'Kami jika diganggu orang kami maafkan dan jika diperbodohkan orang kami bersabar.' Maka berkata makaikat :'Masuklah kamu ke syurga maka sebaik-baik pahala yang telah beramal'."

Kemudian ada seruan : "Di manakah ahli sabar.' Lalu berdiri sebahagian orang dan terus menuju ke syurga. Maka ditanya oleh malaikat : 'Kamu hendak kemana?' Jawab mereka :' Ke syurga,' Di tanya : 'Adakah sebelum hisab?' Jawab mereka :'Ya sebelum hisab.' Lalu ditanya : 'Siapakah kamu?' Jawab mereka : 'Kami ahli sabar.' Lalu ditanya :'Bagaimana kesabaranmu?' Jawab mereka : 'Kami sabar buat taat , dan sabar meninggalkan maksiat.' Maka berkata malaikat ;'Silakan masuk syurga , maka sebaik-baik pahala bagi yang beramal.'

Kemudian ada seruan : "Di manakah tetangga Allah SWT.?' Lalu bangun beberapa orang dan langsung menuju ke syurga. Maka ditanya malaikat: 'Kamu hendak kemana?' Jawab mereka :'Ke syurga.' Di tanya : 'Apakah sebelum hisab ?' Jawab mereka : 'Ya' Lalu ditanya : 'Siapakah kamu? Jawab mereka : ' Kami tetangga Allah SWT di bumi.' Lalu ditanya :'Bagaimana keadaan tetanggamu?' Jawab mereka :'Kami cinta -mencinati kerana Allah SWT dan korban -berkorban kerana Allah SWT dan sambung-menyambung kerana Allah SWT . Maka berkata malaikat : 'Masuklah kamu ke syurga maka sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal'."

(Petikan daripada Himpunan Hadis Modal Insan 2, Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri : Telaga Biru Sdn Bhd -Cetakan Pertama 2007)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...