Thursday, February 17, 2011

Siapa Rasulullah di hati kita?


"Ummati.. ummati.. ummati.." itulah kata-kata yang diulang-ulang oleh Rasulullah SAW kala sakaratulmaut tiba ingin merenggut nyawa baginda. Betapa kasih dan cinta baginda Nabi kepada kita umatnya. Sanggup baginda memohon supaya segala derita sakarat umat diberikan kepadanya.

Tapi... kita?

Di mana Rasulullah SAW di hati kita? Apakah dengan membawa sepanduk dan berarak beberapa kilometer cukup untuk membuktikan cinta dan kasih kita kepada Nabi SAW?

Lalu kita harus muhasabah diri, apakah telah kita lakukan apa yang baginda suruh dan meninggalkan apa yang baginda larang? Berkata memang mudah "aku cintakan Allah dan Rasulnya.." tapi dalam masa yang sama menikam nombor, meninggalkan solat, membiarkan anak isteri bergelumang maksiat, tidak menutup aurat dan sebagainya.

Sabda Nabi SAW

"لا يؤمن احدكم حتى اكون أحب اليه من ولده ووالده والناس اجمعين
رواه البخاري

‘tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah aku menjadi orang yang paling dikasihi lebih dari anak pinaknya, ibubapanya, dan manusia yang lain..’

Apakah kita merasakan kita sudah hampir sempurna iman sedangkan kita jauh dari berpegang kepada dua perkara yang ditinggalkan Nabi SAW yakni al-Quran dan hadis.

Tidak salah menyambut Maulidurrasul dengan perarakan, tetapi jika dalam sambutan itu bercampur dengan perkara haram dan berlebih-lebihan maka haram juga hukumnya. Contoh pembaziran ialah kos membuat sepanduk, bukan berpuluh ringgit tetapi beratus-ratus ringgit. Jika membayar saguhati untuk ceramah maulud rasanya boleh dibuat di setiap kampung. Menyedarkan mereka bahawa pentingnya mengingati dan meraikan hari kebesaran dalam Islam. Bukanlah bayaran kepada ustaz menjadi isunya, kerana pergerakan ustaz ke tempat ceramah dan kesudian mereka meluangkan masa harus diambil kira.

Kenapa program hiburan kerajaan tidak kisah habis berjuta tetapi untuk membuat ummat faham Islam para guru yang tidak berpendapatan tinggi tidak perlu dihargai dengan saguhati minyak kereta?

Setelah kita tidak peduli nasihat nabi dan sahabat, maka bertanyalah soalan ini kepada diri sendiri "aku ni nak syurga ke neraka!

produk ajaib menyembuhkan penyakit dengan izin Allah lawati http://teknonanolah.blogspot.com/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...