Wednesday, August 27, 2014

Golongan Ahli Sabar

السلام عليكم ورحمةالله
بسم الله الرحمن الرحيم

'Kami sabar buat taat , dan sabar meninggalkan maksiat.'

Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab"
(Surah az-Zumar: 10)

Berdasarkan ayat di atas mereka yang bersabar akan diberikan pahala tanpa hisab, hinggakan di izinkan masuk ke syurga tanpa hisab. Sabar yang paling tinggi adalah sabar melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT tanpa soal dan sabar meninggalkan maksiat dan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah SWT.

Golongan Ahli Sabar adalah mereka yang sabar menahan diri daripada keluh kesah pada sesuatu yang tidak disukai.

Sifat sabar perlu ketika menghadapi tiga perkara berikut:

1. Menahan diri daripada keluh kesah dan menahan diri daripada mengadu kepada yang lain selain daripada Allah SWT ketika berlaku sesuatu bala atau bencana.

2. Menahan diri dalam mengerjakan segala perintah Allah.

3. Menahan diri dalam meninggalkan segala larangan Allah.

Sifat sabar itu dipuji pada syarak kerana seseorang yang bersifat sabar menunjukkan ia beriman dengan sempurna kepada Allah, dan menunjukkan ia taat dan menjunjung segala perintah agama.

Orang yang beriman kepada Allah mengetahui bahawa segala perkara yang berlaku ke atas drinya adalah kehendak Allah yang tidak dapat dielak lagi. Begitulah juga orang yang taat, tidak akan merasa susah dalam mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah SWT, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah SWT tanpa dia membawa dosa sedikitpun."
(Hadis riwayat Tirmizi).

Monday, August 25, 2014

Tiga Golongan Masuk Syurga Tanpa Hisab.

السلام عليكم ورحمةالله
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Ali bin Husain r.a (cucu Saidina Ali k.w) berkata : "Jika Allah SWT mengumpulkan orang-orang yang terdahulu dan yang akhir, maka ada seruan yang memanggil : 'Dimanakah orang ahlul fadhli? Lalu bangkit beberapa orang yang langsung menuju ke syurga, maka disambut oleh malaikat dan ditanya : 'Hendak ke mana kamu?' Jawab mereka : 'Ke syurga.' Di tanya lagi : ' Sebelum di hisab?' Jawab mereka : 'Ya sebelum hisab.' Lalu ditanya: 'Siapakah kamu?' Jawab mereka :'Kami ahlul fadhli.' Lalu ditanya : 'Apakah kelebihanmu di dunia? ' Jawab mereka :'Kami jika diganggu orang kami maafkan dan jika diperbodohkan orang kami bersabar.' Maka berkata makaikat :'Masuklah kamu ke syurga maka sebaik-baik pahala yang telah beramal'."

Kemudian ada seruan : "Di manakah ahli sabar.' Lalu berdiri sebahagian orang dan terus menuju ke syurga. Maka ditanya oleh malaikat : 'Kamu hendak kemana?' Jawab mereka :' Ke syurga,' Di tanya : 'Adakah sebelum hisab?' Jawab mereka :'Ya sebelum hisab.' Lalu ditanya : 'Siapakah kamu?' Jawab mereka : 'Kami ahli sabar.' Lalu ditanya :'Bagaimana kesabaranmu?' Jawab mereka : 'Kami sabar buat taat , dan sabar meninggalkan maksiat.' Maka berkata malaikat ;'Silakan masuk syurga , maka sebaik-baik pahala bagi yang beramal.'

Kemudian ada seruan : "Di manakah tetangga Allah SWT.?' Lalu bangun beberapa orang dan langsung menuju ke syurga. Maka ditanya malaikat: 'Kamu hendak kemana?' Jawab mereka :'Ke syurga.' Di tanya : 'Apakah sebelum hisab ?' Jawab mereka : 'Ya' Lalu ditanya : 'Siapakah kamu? Jawab mereka : ' Kami tetangga Allah SWT di bumi.' Lalu ditanya :'Bagaimana keadaan tetanggamu?' Jawab mereka :'Kami cinta -mencinati kerana Allah SWT dan korban -berkorban kerana Allah SWT dan sambung-menyambung kerana Allah SWT . Maka berkata malaikat : 'Masuklah kamu ke syurga maka sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal'."

(Petikan daripada Himpunan Hadis Modal Insan 2, Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri : Telaga Biru Sdn Bhd -Cetakan Pertama 2007)

Wednesday, August 20, 2014

Renungan

BACA UNTUK DIRI SENDIRI, EDAR UNTUK SEMUA....

Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi:

***Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia

***Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak

***Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan

***Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta

***Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa

***Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan

***Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi, sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia

***kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah

***tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia

***Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT

***Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar.

***Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita

***kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita

***kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam,solat tahajud dan bermunajat

***kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...

***tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...

***Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman

***apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala- galanya..

***setiap kali menyambut hari jadi.kita sibuk nak raikan sebaik mungkin.tetapi kita telah lupa.dengan bertambahnya umur kita...maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...

***kita patut bermuhasabah mengenai bekalan.

***ke satu perjalanan yang jauh.

***yang tidak akan kembali..dan buat selama-lamanya.

***sesungguhnya mati itu benar.

***Alam kubur itu benar, Hisab itu benar mahsyar Allah itu benar syurga dan neraka itu benar...

***Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yg byk memberi kesedaran bhw dunia sementara dan akhirat kekal abadi.

*** Penyelesaian kpd masalah hidup adalah melalui iman dan amal. Iman sebesar zarrah, Allah muliakan dgn syurga 10 x dunia.

***Jaga solat 5 waktu (amal), Allah selesaikan masalah bukan hanya di dunia malah masalah di kubur, masyar, titian sirat dan mizan.

***Dgn 5 waktu amal selesai masalah di 5 tempat.

Renung2kan dan selamat beramal.
Sharing is caring.. 

Tuesday, August 19, 2014

Larangan Berkabung

Kalau ingin berkabung syarat tidak lebih tiga hari dr hari kematian. Sebab itu dalam riwayat Zainab binti Abi Salamah, dia berkata,

“Aku masuk menemui Ummu Habibah r.ha iaitu isteri Nabi SAW ketika sampainya berita kematian ayahnya Abu Sufyan r.a dari negeri Syam. Pada hari ketiga setelah ayahnya (Abu Sufyan) meninggal, Ummu Habibah meminta minyak wangi lalu mengusapkannya pada kedua sisi wajahnya dan kedua pergelangannya. Beliau berkata: Demi Allah! Aku sebenarnya tidak berkeinginan terhadap wangian, cumanya kerana aku pernah mendengar Rasulullah SAW : Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu empat bulan 10 hari.”

Telah wafat Rasulullah SAW sedangkan para sahabat baginda yang amat mengasihi baginda tidak melakukan amalan berkabung. Telah wafat para khalifah yang sangat mulia; Abu Bakr, Umar, Uthman, ‘Ali dan seluruh para sahabat Nabi SAW yang mulia, umat Islam tidak pernah membuat amalan berkabung! Telah meninggal ‘Umar bin ‘Abd al-Aziz khalifah yang agung, umat Islam juga tidak berkabung. Padahal mereka lebih layak untuk ditangisi dan berkabung.

Hamba Yang Baik, Kaya, Muslim dan Mukmin

السلام عليكم ورحمةالله
بسم الله الرحمن الرحيم

Rasulullah s.a.w. bersabda “Jauhilah dirimu daripada perkara yang diharamkan, kamu akan menjadi hamba yang baik, dan redhalah dengan apa yang telah diberikan Allah kepadamu, kamu akan menjadi orang yang paling kaya. Berbuat baiklah kepada jiran, kamu akan menjadi seorang Mukmin. Sukailah orang lain seperti kamu menyukai dirimu, kamu menjadi seorang Muslim. Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu dapat mematikan hati (Riwayat Ahmad melalui Abu Hurairah r.a.)

Dalam hadith yang lain Rasulullah saw bersabda, Tunaikanlah apa yang telah difardhukan Allah ke atas dirimu nescaya kamu menjadi orang yang paling beribadah. Dan jauhilah apa yang diharamkan Allah, nescaya kamu menjadi orang yang paling wara`. Dan redhalah terhadap apa yang diberikan untukmu, nescaya kamu menjadi orang yang paling kaya
(Riwayat Addi melalui Ibnu Masud r.a.)

Orang Yang Kaya

Orang yang kaya sebenarnya ialah orang yang kaya jiwanya iaitu tidak bakhil atau kedekut. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah, akan tetapi kekayaan (yang sebenar-benarnya) ialah kaya jiwa.” 

Rasulullah Sallallaahu Alayhi Wa sallam bersabda yang bermaksud: “Apabila Allah menghendaki kebaikan terhadap seorang hamba, maka dia menjadikannya kaya jiwa dan dalam hatinya ada takwa. …
(Riwayat Hakim melalui Abu Hurairah)

Jangan Banyak Ketawa. 

Ibnu Mas’ud meriwayatkan dari Auf bin Abdullah bahawa biasanya Rasulullah S.A.W. tidak tertawa melainkan senyum simpul. Rasulullah tidak pernah ketawa berdekah-dekah, hanya tersenyum sahaja samada senyum kecil atau senyum lebar. “Tawa Rasulullah SAW, hanyalah senyuman”
(Riwayat Tirmidzi).

Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh.

Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW menyebut “Aku hairan orang yang tertawa dengan mulut yang terbuka penuh sementara ia tidak tahu apakah tuhan menyukai perbuatannya itu atau tidak“.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda: “Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu kurang ketawa dan banyak menangis.” (Riwayat al-Bukhari).

Rasulullah SAW mengetahui kerana Baginda telah melihat dengan matanya sendiri keadaan Syurga dan Neraka semasa Mikraj.

Saturday, August 2, 2014

AMALAN YANG DICINTAI ALLAH

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
بسم الله الرحمن الرحيم...

Memasukkan Rasa Gembira di Hati Muslim

Ibnu Umar r.a. berkata bahwa Rasulullah saw bersabda : “Amal ibadah yang paling dicintai Allah ‘Azza wa jalla adalah engkau memasukkan rasa gembira kepada orang muslim atau menghilangkan kesulitan darinya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau mengusir rasa lapar darinya.” (HR At Thabrani)

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi Muhammad saw bersabda : “Barangsiapa menghilangkan kesulitan dari seorang mukmin dari kesulitan-kesulitan dunia, maka Allah akan menghilangkan darinya kesulitan dari kesulitan-kesulitan pada hari kiamat. Allah akan selalu menolong seseorang selama ia menolong orang lain.” (HR Muslim, Ahmad, dan At Tirmidzi)

Imam Muhammad bin Ishak rahimahullah telah meriwayatkan bahwa orang orang Madinah ada yang hidup selalu mendapatkan bantuan, tetapi mereka tidak tahu dari mana bantuan tersebut dan siapa yang memberikannya. Tatkala Zainal Abidin bin Husain rahimahullah meninggal dunia, mereka baru merasakannya, mereka baru tahu bahwa ternyata dialah orangnya yang dahulu selalu mendatangi mereka di waktu malam dengan membawa bantuan yang diberikannya kepada mereka. Mereka juga menyebutkan, ketika memandikannya mereka menemukan pada punggungnya dan pundaknya bekas-bekas membawa karung ke rumah-rumah para janda, anak-anak yatim, dan kaum miskin.

Abu Said Al Khudzri r.a. mengatakan bahwa Rasulullah saw bersabda “Perbuatan ma’ruf dapat mencegah mati secara buruk.” (HR Ibnu AbidDunya)

Sifat “Itsar” (Mengutamakan Orang Lain) dan “Muwasah” (Menghibur Orang Lain)
Allah swt telah memerintahkan kita agar kita memegang teguh kedua sifat mulia ini, ketika Dia memuji kaum Anshar dalam firmanNya :

“Dan, mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka, sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan).” (Al Hasyr : 9)

Ibnu Umar r.a. berkata, “Aku pernah memberikan hadiah kepala kambing kepada salah seorang sahabat Rasulullah saw, tetapi ia berkata, “Ada orang lain yang lebih memerlukan daripada saya.” Lalu, dia pun mengirimkannya kepada orang tersebut, lalu orang kedua itu mengirimkannya kepada orang ketiga yang menurutnya lebih memerlukan daripada dirinya. Begitulah seterusnya. Setiap orang yang dikiriminya, kerana dianggap lebih perlu  mengirimnya (memberikannya) kepada orang lain hingga kepala kambing tersebut kembali ke orang pertama, setelah ia berpindah-pindah melalui tujuh orang.”

Di antara keajaiban itsar adalah apa yang diriwayatkan oleh Adawi ketika ia bertutur, “Aku pergi sambil membawa air untuk anak pamanku pada saat terjadinya perang Yarmuk. Aku berkata dalam hatiku, “Jika ia haus, aku akan memberinya air.” Lalu aku menemukannya, aku berkata, “Aku akan memberimu air minum.” Ketika ia mengisyaratkan bahwa ia mau, tiba-tiba ada orang lain yang sedang mengaduh, “Aduh, aduh”. Sepupuku itu mengisyaratkan kepadaku dengan kepalanya agar aku segera pergi ke orang tersebut. Ternyata ia adalah Hisyam bin Ash. Aku berkata, “Aku akan memberimu minum.” Ia memberikan isyarat “Ya”. Lalu, ia mendengar ada orang lain yang sedang mengaduh-aduh.

Hisyam pun mengisyaratkan kepadaku agar aku pergi kepadanya. Ternyata orang tersebut telah meninggal dunia. Maka aku segera menemui Hisyam, dan ternyata ia telah meninggal dunia. Lantas aku mendatangi anak pamanku, dan ternyata ia juga telah meninggal dunia. Tidak satupun yang sempat minum airku karena sikap itsar mereka kepada orang lain.”

Contoh lain. Al Hikam dalam kitab al Mustadrak dan Abu Nu’aim dalam kitab Auliya meriwayatkan bahwa Muawiyah bin Abu Sufyan r.a. mengirimkan 80.000 (delapan puluh ribu) dirham kepada Aisyah r.a. yang saat itu sedang berpuasa, dengan berpakaian lusuh. Saat itu juga hadiah tersebut dibagikan kepada kaum fakir miskin sehingga tidak tersisa sedikitpun. Pembantu Aisyah berkata kepadanya, “Wahai Ummul Mukminin, mengapa engkau tidak menyisakan satu dirham sehingga engkau mampu membeli daging untuk berbuka nanti? Jawab ‘Aisyah r.a., “Wahai putriku, jika engkau mengingatkanku tadi, tentu aku melakukannya. Janganlah engkau marah padaku.”

Perhatikanlah, bagaimana ‘Aisyah sampai melupakan dirinya sendiri sehingga tidak menyisakan satu dirham pun. Hal itu terjadi kerana perhatiannya yang penuh kepada fakir miskin, para janda, dan orang-orang yang lain. Dia ingin menggembirakan hati orang lain dan tahu bahwa jalan ke arah sana adalah dengan melakukan itsar dan muwasah.

Mendoakan Kaum Muslimin dan Muslimah, baik yang masih hidup maupun yang telah meninggal dunia.

Abu Darda r.a. mengatakan bahwa Rasulullah saw bersabda : “Doa orang muslim untuk saudaranya yang telah tiada, akan dikabulkan. Di kepalanya terdapat malaikat mewakili, selagi mendoakan kebaikan untuk saudaranya. Malaikat tersebut akan mengatakan “Amin” dan engkau akan mendapakan hal serupa.” (HR Muslim, Ahmad, dan Ibnu Majjah)

Seorang sahabat yang mulia, Imran bin Husain, mengatakan bahwa Rasulullah saw bersabda : “Doa seorang untuk saudaranya yang telah tiada, tidak akan ditolak.” (HR al Bazaar)

Memberikan Shadaqah dan Mengerjakan Kebaikan

Dulu, kaum salafus saleh berkata, “ Orang yang hidup untuk dirinya sendiri tidak layak untuk dilahirkan.”

Rasulullah saw. bersabda : “Sesungguhnya seorang wanita pelacur melihat seekor anjing sedang mengelilingi sebuah sumur pada suatu hari yang terik. Anjing itu menjulurkan lidahnya karena kehausan, maka dibukanya botnya, lalu wanita tersebut diampuni dosa-dosanya.” (HR Muslim)

Rasulullah saw telah memudahkan urusan sedekah ini kepada kita dengan sabda beliau : “Hendaklah salah seorang dari kamu menyelamaykan wajahnya dari api meskipun hanya dengan (melakukan sedekah sebesar) separuh kurma, yakni setengah biji kurma.” (HR Ahmad)

“Jagalah dirimu dari api nereka, meskipun dengan separuh biji kurma. Jika tidak menemukannya, maka (bersedekahlah) dengan tutur kata yang baik.” (HR Bukhori, Muslin, Nasa’i, dan Darami)

Pada suatu hari Rasulullah saw duduk-duduk bersama para sahabatnya dan berkata, “Siapa di antara kalian yang puasa hari ini?” Abu Bakar menjawab, “Saya”. Tanya Nabi saw lagi, “Siapa di antara kalian yang yang menjenguk orang sakit hari ini?” Abu Bakar menjawab, “Saya”. Rasulullah saw bertanya : “Siapa di antara kalian yang hari ini mengiringi jenazah?” Jawab Abu Bakar, “Saya”. Lalu Rasulullah saw bersabda : “Semua (perkara) itu tidak berkumpul pada diri seseorang melainkan ia akan masuk surga.” (HR Muslim)

Mengunjungi saudaranya (Kaum Muslimin)/bersilaturrahmi

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw bersabda : “Ada seorang laki-laki mengunjungi saudaranya yang tinggal di sebuah dusun, maka Allah Ta’ala mengirim satu malaikat untuk mengikutinya dalam perjalanan. Setelah bertemu dengan orang itu, ia bertanya: “Hendak ke mana Anda?” Orang itu menjawab, “Hendak mengunjungi saudaraku.” Malaikat itu bertanya, “Apakah berkunjung ini kerana Anda berhutang budi kepadanya?” Jawab orang itu, “Tidak, tetapi aku mencinta dia semata-mata kerana Allah Ta’ala.” Kata malaikat, “Sesungguhnya aku (malaikat) diutus Allah Ta’ala menemui Anda, untuk menyampaikan bahwa Allah mencintai Anda kerana Anda mencintai saudaramu kerana Allah".
(HR Muslim, Ahmad, dan Bukhori)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...