dunia nan pesona menggoda
ramai hanyut dalam arusnya
tertipu pada nikmat sementara
akhirat yang kekal dilupa
amal ibadat alpa dibuai leka
tuan, ayuh insaf kita
sementara masih bernyawa
kota belud, sabah
Saturday, January 29, 2011
Wednesday, October 13, 2010
Islam kian dihina

Kafir harbi laknatullahi alaihim semakin berani menghina Islam dalam pelbagai cara dan media. Dari isu karikatur hina Nabi Muhammad SAW, membakar al-Quran, mencacah tatu dengan ayat suci al-Quran hinggalah mencetak ayat al-Quran pada tisu tandas, bola dan kasut. Begitu juga dengan berani syarikat komputer gergasi Apple, telah membina sebuah bar - kedai arak berbentuk Kaabah.
Persoalannya, apa tindakan kita orang Islam terhadap mereka yang biadap ini? - tak lain hanyalah mengutuk, mengecam dan memboikot. Jikalau mengutuk sesuai jika rakyat marhaen yang tak punya apa-apa, tapi jika ia datang dari pemimpin, tak lebih dari tindakan seorang muslim yang dayus.
Seorang guru saya di Akademi Pengajian Islam UM menjelaskan pendapat beliau bahawa kempen boikot hanya bersifat sementara, dan mungkin takkan berjaya. Ternyata benar, dalam kalangan warga UM sendiri ramai yang suka ke KFC, dan KFC hanya diboikot tak lebih dari sebulan!
kredit gambar; http://www.thepatri0t.net/2006/11/08/apples-mecca-non-sense/
Sunday, October 10, 2010
10.10.2010
Subscribe to:
Posts (Atom)
