Saturday, June 14, 2014

Sumber Yang Haram

Asslamuaaaikum wbrt...
Bimillahirrohmannirrohim

Dari Jabir bin Abdullah RA katanya Rasulullah SAW bersabda:

”Jika engkau menjual buah-buahan (yang masih di pokok/kebun), lalu buah-buahan itu rosak dimakan hama, maka tidak halal bagimu menerima pembayaran kerana bererti engkau mengambil harta saudaramu tanpa hak.”     

Huraian          

Mu'amalat adalah merujuk kepada segala urusan yang berkaitan dengan harta ( mal ). Islam memperincikan pengurusan harta agar ia menepati kehendak sebenar dan menjamin hak setiap individu demi mengelak penindasan dan penipuan disamping membentuk jati diri seperti jujur, amanah, adil dan telus.        

Sesungguhnya syariatlah yang memandu kita agar tidak tersasar dari sikap tamak, rakus dan haloba kerana tidak ada jaminan bahawa kita mampu mengawasi nafsu yang memang fitrahnya mencari dan mengejar keuntungan semata-mata.

Thursday, June 12, 2014

Cara berbakti kepada ibu bapa yang sudah meninggal dunia.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

Dari Aisyah menceritakan bahwa seorang lelaki datang kepada Rasulullah bertanya : Ya Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia, dan dia tidak ada berwasiat apa pun dan saya rasa kalau dia sempat berbicara dia akan bersedekah, apakah dia mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya ? Nabi menjawab : Ya (bersedekahlah dan dia akan mendapat pahala ). (HR. Bukhari dan Muslim)

Dari Abi Usaid Malik bin Rabi’ah berkata bahawa ketika kami sedang duduk-duduk bersama Rasulullah saw. tiba-tiba datang seorang lelaki dari kabilah Bani Salamah berkata : “Ya Rasulullah, adakah kebaikan yang dapat saya lakukan kepada kedua ibu bapa saya yang telah meninggal dunia? Rasul menjawab, Ada, engkau berdoalah untuk keduanya dan meminta diampunkan dosa-dosa mereka dan tunaikan wasiat dan janji-janji mereka dan hubungkan silatiurahim dengan saudara dan keluarga mereka dan hormati serta muliakan kawan-kawan mereka.“
(HR. Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban)

"Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla menaikkan darjat seorang yang soleh di syurga, lalu dia bertanya: “Wahai Tuhan! Kenapa saya mendapat kelebihan ini?” Dijawab: “Disebabkan permohonan ampun anak kamu untuk kamu.” (HR Ahmad)

Sunday, June 8, 2014

PERILAKU UMAT AKHIR ZAMAN 2

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

Sabda baginda:           

“Tidak akan terjadi hari Qiamat sehinggalah umatku bermegah-megah dengan masjid.”
(Abu Daud) 

Huraian hadith:           

Kata Nabi, hari Qiamat akan berlaku setelah umat Islam bermegah-megah dengan masjid. Inilah yang berlaku sekarang. Banyak masjid yang besar-besar, yang mahal-mahal bahan binaannya, yang siap dengan kolam dan taman, yang dalamnya dihiasi dengan perhiasan yang indah-indah dan dihebahkan pula kehebatannya di dalam media seluruh dunia tetapi kosong daripada jemaah. Manusia berbangga dengan masjid, bukan dengan banyaknya jemaah ke masjid. Pada zaman Rasulullah, masjid tidak dihiasi tetapi suasananya sangat meriah, sentiasa ada banyak orang yang beribadah di dalamnya siang dan malam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...