Wednesday, August 3, 2016

Di dalam Tafsir Imaam Ahmad As-Shoowi Al-Maaliki rahimahulLaah versi lama yang belum diubah secara tidak amanah oleh penerbit ada disebutkan.

حاشية العالم العلامة العارف بالله الشيخ أحمد الصاوي المالكي على تفسير الجلالين

في تفسير قوله تعالى: {أَفَمَن زُيِّنَ لَهُ سُوءُ عَمَلِهِ فَرَآهُ حَسَنًا} [(8) سورة فاطر] قال: "وقيل: هذه الآية نزلت في الخوارج الذين يحرفون تأويل الكتاب والسنة، ويستحلون بذلك دماء المسلمين وأموالهم، كما هو مشاهد الآن في نظائرهم، وهم فرقة بأرض الحجاز يقال لهم: الوهابية، يحسبون أنهم على شيء ألا إنهم هم الكاذبون، استحوذ عليهم الشيطان فأنساهم ذكر الله أولئك حزب الشيطان ألا إن حزب الشيطان هم الخاسرون. نسأل الله الكريم أن يقطع دابرهم

Antara lain disebutkan oleh Al-Imaam As-Shoowi rahimahulLaah bagaimana suatu puak di Tanah Hijaz yang disebutkan golongan Wahhabiah menyelewengkan makna Al-Quran dan As-Sunnah yang dengan cara itu mereka menghalalkan darah dan harta ummat Islam. Bayangkan sekiranya kalam Allah SWT dan RasulNya S.A.W. boleh diselewengkan, apatah lagi kalau setakat kalam para imam mazhab, tentulah lebih mudah mereka selewengkan.

Di dalam kitab Raddul Mukhtaar fiid Durril Mukhtaar susunan Imam Ibn 'Aabidiin Al-Hanafi rahimahulLaah disebutkan:

مطلب في أتباع ابن عبد الوهاب الخوارج في زماننا

قوله (ويكفرون أصحاب نبينا صلى الله عليه) علمت أن هذا غير شرط في مسمى الخوارج، بل هو بيان لمن خرجوا على سيدنا علي رضي الله تعالى عنه، وإلا فيكفي فيهم اعتقادهم كفر من خوجوا عليه، كما وقع في زماننا في أتباع ابن عبد الوهاب الذين خرجوا من نجد وتغلبوا على الحرمين وكانوا ينتحلون مذهب الحنابلة، لكنهم اعتقدوا أنهم هم المسلمون وأن من خالف اعتقادهم مشركون، واستباحوا بذلك قتل أهل السنة وقتل علمائهم حتى كسر الله شوكتهم وخرب بلادهم وظفر بهم عساكر المسلمين عام ١٢٣٣ هجرية

- رد المختار على الدر المختار شرح تنوير الأبصار لمحمد أمين الشهير بابن عابدين

Antara lain, Imaam Ibn 'Aabidiin menerangkan tentang Khawaarij zaman ini iaitu pengikut2 Ibn Abdil Wahhab yang keluar dari daerah Najd (Riyadh) mereka merampas kekuasaan di dua tanah suci (Al-Haramain) dan menyamar sebagai pengikut2 mazhab Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Itu realiti di situ pada masa itu.

Here and now, ada Wahhabi yang menyamar sebagai pengikut2 mazhab yang lain. Misalnya di Malaysia, ada tokoh2 yang berpegang dengan fikrah Wahhabi menyamar sebagai pengikut2, malah pakar2 mazhab Syafie yang bercakap dan menulis kononnya mazhab Syafie yang sebenar begini dan begitu dan bahawa mereka lebih tahu dan berpegang dengan mazhab Syafie berbanding murid2 dan pengikut2 Imam Syafie sendiri. Perhatikan dan fahami sebahagian daripada contoh2 penyamaran ini yang dikongsikan di Page Kami Tidak Mahu Fahaman Wahhabi di Malaysia 👇

AWAS PENIPUAN WAHHABI

Tersebar artikel kononnya Imam Asy Syafie dan beberapa pendapat yang diambil dalam mazhab Asy Syafie secara tidak amanah kononnya mengikut sebagaimana ajaran Wahhabi.

1. Apabila kita lihat isi artikel ternyata bukan semuanya adalah dari ijtihad Imam asy Syafie. Ini namanya MENIPU ATAS NAMA IMAM ASY SYAFIE dan ULAMAK MUKTABAR DALAM MAZHAB ASY SYAFIE.  Ingat tanda-tanda munafiq ? 

2. Antara ciri-ciri wahhabi yang utama adalah 3 T iaitu Tasyrik (mengkafirkan), Tabdi' (membid'ah sesatkan) dan Takfir (mengkafirkan) ulamak dan umat Islam tanpa hak serta membawa aqidah mengimaginasikan zat Allah. 

3. DOA QUNUT SUBUH -  Imam Taqiyuddin as-Subki asy-Syafie dan Syeikh Abu Hasan al-Karajji asy-Syafie tidak pernah menyatakan doa qunut subuh adalah bid'ah sesat. Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Umar bin Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Ibnu Abbas, Barra' bin Azib  Imam As Syafie, Ibnu Abi Laila, Hasan bin Soleh, Abu Ishaq Al Ghazali, Abu Bakar bin Muhammad, Hakam bin Utaibah, Hammad, Ahli HIjjaz, Al Auza'ie kebanyakan Ahli Syam malah menurut Imam An Nawawi dalam Majmu'. Ia adalah pendapat yang dipegang oleh kebanyakan ulama salaf dan generasi selepas daripada mereka bahawa doa qunut disunatkan pada solat Subuh setiap hari.  Rujuk   Al-Majmu' syarah Muhazzab jilid 3 hlm.50. Imam Asy Syafie sendiri menyatakan :
"Tak ada qunut dlm sembahyang lima waktu kecuali sembahyang subuh. Kecuali jika terjadi bencana maka boleh qunut pada semua sembahyang jika imam menyukai" Al-Umm jilid 1 hlm.205.

4. SOLAT SUNAT QOBLIYAH SEBELUM SOLAT JUMAAH - Melemahkan pandangan bukan bermakna membid'ahkan, mengkafirkan atau mensyirikkan Solat Sunat Qabliyah 2 Rakaat Sebelum Solat Jumaat seperti Wahhabi,

5. AZAN DUA KALI SEBELUM SOLAT JUMAAT - Imam Asy Syafie tidak pernah membid'ahkan dua kali azan sebelum Solat Jumaat. Beliau menerangkan

Dan yang mana di antara yang kedua itu yang terjadi pada masa RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam lebih saya sukai
(Umm Juz I, halaman 195).  Lihat bagaimana Imam Syafie mengggunakan af'al tafdhil. Lebih mengutamakan, melebihkan. Tiada pun sebut larangan. TETAPI al albani membid'ahkan lihat  kitabnya al-Ajwibah al-Nafi’ah.

6. KENDURI ARWAH - Makruh dalam mazhab asy Syafie bukan bermakna berdosa. Ertinya tuntutan supaya meninggalkan dengan tidak pasti, apabila dibuat tidak berdosa dan apabila ditinggalkan pula mendapat pahala. Di dalam kenduri arwah terdapat sunnah yang dihidupkan seperti memberi makan jiran tetangga, membaca al Quran, berselawat, bertahlil dan sebagainya. Dan ini bukanlah bentuk ratapan. Imam Asy Syafie serta ulamak yang disebutkan tidak menyatakan ia sebagai bid'ah sesat. Maka hujjah wahhabi tertolak sama sekali.

7. Imam Asy Syafie adalah mujtahid mutlaq. Tiada satupun ulamak wahhabi yang bertaraf mujtahid mutlak. Bahkan pengikut wahhabi bertaqlid buta dengan Muhammad bin Abdul Wahhab, Al Albani, Sheikh Bin Baz, Sholeh Uthaimin, Soleh Fauzan dan sebagainya. Bukankah dalam artikel tersebut ramai nama ulamak muktabar seperti Imam An Nawawi, Imam Ibnu Hajar al Asqolani, Imam Izzuddin Abdis Salam adalah pengikut Imam Asy Syafie ? Ulamak hebat pun bertaqlid inikan pula orang awam yang jahil. Tetapi wahhabi selalu perasan diri mereka seperti mujtahid mutlaq.

8. ZAKAT FITRAH GUNA WANG -  Imam Asy Syafie tidak membid'ahkan bayar zakat fitrah guna wang. Dalam mazhab Asy Syafie ia diharuskan kerana darurat atau perintah raja. Lihat kitab al-Itharah, bahwa keterangan mazhab Syafie tersebut ada dinyatakan dalam kitab Majmu’ Syarah al-Muhazzab 5/431,  kitab al-Majmu’ (5:429)

9. LAFAZ SAYYIDINA - Imam Asy Syafie tidak membid'ahkan. Imam Ar Ramli iaitu antara Mufti Muqallid dalam Mazhab Asy Syafie mengatakan lafaz sayyidina dalam solat diutamakan. Rujuk - Ar Ramli, Tuhfat al Muhtaj, vol 2, hlm 86. Ibnu Qasim al 'Ubbadi menyatakan ia diutamakan - Hasyiyah Tuhfah 1 hlm 368. Syeikh Syihabuddin al Qaliyubi - pengarang dan pensyarah kitab Minhaj Imam An Nawawi menyatakan ia memuliakan dan menghormati nabi (Qaliyubi 1, hlm 167). Imam Abu Bakar Syatta menyatakan ia diutamakan - I'anatut Tholibin 1, hlm 169.Turut dibolehkan oleh Imam Izzuddin Abdissalam dan Asy Syarqowy.

10. Imam Asy Syafie tidak membid'ahkan bacaan Surah Yaasin malam Jumaat.

11. BERDOA DAN BERZIKIR BERJEMAAH LEPAS SOLAT-  Imam Asy Syafie tidak menyatakan berdoa dan berzikir beramai-ramai lepas solat berjemaah adalah bid'ah sesat sebagaimana wahhabi. Bahkan Imam Asy Syafie menyatakan berdoa dan zikir secara senyap atau keras adalah hasan/baik. Beliau memilih untuk zikir secara senyap. Lihat Kitab al-'Umm: Jilid 1, Hal. 241, 242. Imam An Nawawi dan Imam Ibnu Hajar al Asqolani menyatakan doa dan zikir keras beramai-ramai lepas solat jemaah adalah mazhab jumhur ulama sama ada ulama hadith, fuqaha` atau ulama usul fiqh.  Rujuk kitab Syarh Sahih Muslim: Jilid 4-6, hal. 237 dan Fath al-Bari (Bab al-Zikr Ba'd al-Solah, Jilid 2, hal. 260

Wahhabi tidak tahu beza antara kadar suara yang keras dengan SANGAT KERAS yang dilarang. Tetapi wahhabi membolehkan pula kanak-kanak yang tidak mumayyiz berkeliaran semasa orang dewasa sedang solat ? Sangat bertentangan sama sekali, melarang zikir dibaca beramai-ramai kerana tak mahu ganggu orang sedang solat. Tetapi membenarkan kanak-kanak yang tidak mumayyiz duduk dalam saf dewasa yang ada kebarangkalian mengganggu orang yang sedang solat fardhu.

12. LAFAZ NIAT SEBELUM SOLAT - Imam asy Syafie dan ulamak yang disebutkan tidak membid'ahkan. Ulamak dalam mazhab Asy Syafie seperti  al-‘Allamah al-Imam Ibnu Hajar al-Haitami mensunnahkan lafaz niat sebelum solat  didalam Kitab Tuhfatul Muhtaj (II/12), Syekh Zainuddin bin Abdul Aziz didalam Fathul Mu'in Hal. 1, Imam An Nawawi dalam Minhaj At tholibin, Imam Ramli dalam Nihayatul Muhtaj,  kerana Imam Asy Syafie membenarkan penggunaan qiyas dalam mengeluarkan hukum rujuk kitab beliau Ar-Risalah. Wahhabi pula jahil dalam mazhab Asy Syafie memandai-mandai berbicara tentang mazhab Asy Syafie.

13. SAMPAI PAHALA BACAAN PADA SIMATI - Wahhabi membid'ah sesat bacaan al Quran kepada simati dan menuduh umat Islam ke kubur sebagai penyembah kubur ! . Dalam mazhab Asy Syafie ia adalah khilaf. Imam An Nawawi  di dalam kitabnya Al-Adzkar - doa untuk orang yang sudah mati dan pahala kepada mereka adalah sampai. Imam An Nawawi adalah mujtahid fatwa dalam Mazhab Asy Syafie menganjurkan supaya berdoa supaya pahala bacaan al Quran sampai kepada simati. Imam al Qurtubi menyatakan harus - Tazkirah al Qurtubi.  Pendapat muktamad dalam mazhab Asy Syafie menyatakan sampai - lihat kitab Al-Bujairimi Minhaj

14. MENGAPUR DAN MEMBANGUNKAN KUBUR - Ulamak Mazhab Asy Syafie yang lebih mengetahui pandangan Imam Asy Syafie mensyarahkan pandangan beliau. Ia dilihat pada pemilikan tanah kubur oleh mayat berkenaan samada milik sendiri, disabilkan. Ibnu Hajar al Haitami menyatakan sesetengah ulamak asy syafie mengharuskan binaan kubur orang soleh di tanah yang bukan disabilkan (  Tuhfahnya, bab jenazah (jilid 3, m/s 226) Beliau menyatakan  tiada makruh jika takut dibongkari (oleh pencuri kain kapan atau dibongkari untuk ditanam jenazah lain sebelum hancur jasadnya), digali binatang buas atau diruntuhi air banjir yang deras.” (kitab Tuhfah bagi Ibnu Hajar Haitami ketika mensyarahkan matan Minhaj Imam Nawawi (bab jenazah). Sila rujuk perincian permasalah ini di - http://khairuummah77.wordpress.com/2009/05/30/penjelasan-kekeliruan/

15. Aqidah Imam Asy Syafie - Imam Asy Syafie rahimahuLlah (204) berkata :

Allah wujud tidak bertempat, Dia menciptakan tempat dan Dia tetap dengan sifat-sifat keabadianNya seperti mana sebelum Dia menciptakan makhluk. Tidak layak bagi Allah berubah sifatNya atau zatNya (Ittihaf Saadah Al Muttaqin : 2/24), (al-Fiqh al-Akbar, h. 13).

Imam Asy Syafie rahimahuLlah berkata : Aku beriman (dengan nusus mutasyabihat) tanpa tasybih. Aku percaya tanpa tamsil. Aku menegah diriku dari cuba memahaminya. Aku menahan diriku dari mendalaminya dengan seboleh-bolehnya. (Daf'u Syubhah man Syabbaha oleh Imam Taqiyuddin ad Dimasyqi al Hisni (829 H) m/s 147)

Imam Asy Syafie misalnya pernah mentakwil 'wajah Allah' yang terdapat dalam ayat, "Ke mana pun kamu menghadap, maka di situlah wajah Allah. (Surah al Baqarah ayat 115). Beliau berkata, maksudnya, wallahua'lam, maka di situlah arah, iaitu kiblat, yang telah Allah arahkan agar kamu menghadap kepadaNya. (Al Asma' wa As Sifat, jilid ke 2, hal-35)

16. Imam Asy Syafie pun tidak membahagikan dan belajar tauhid 3 (Uluhiyyah, Rububiyyah, Asma' wa As Sifat) yang dicanangkan Wahhabi. Sifat 20 disusun oleh ulamak dalam asya'iroh memudahkan umat Islam mempelajarinya untuk tahu, memahami, mengamalkan dan menghayati dalam kehidupan. Ia tidak bertentangan dengan aqidah Imam Asy Syafie serta salafussoleh. Bahkan Sifat Mukholafatuhu Ta'ala Lil Hawadith, Qiyamuhu Ta'ala bi nafsihi amat bertepatan dengan aqidah Imam Asy Syafie yang menolak mujassimah dan musyabbihah.

17. MENYAPU MUKA LEPAS SOLAT - Mujtahid Fatwa dalam Mazhab Asy Syafie iaitu Imam An Nawawi menyatakan di dalam Kitab al-Azkar:

وروينا في كتاب ابن السني ، عن أنس رضي الله عنه ، قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا قضى صلاته مسح جبهته بيده اليمنى ، ثم قال : أشهد أن لا إله إلا الله الرحمن الرحيم ، اللهم أذهب عني الهم والحزن

Dan aku meriwayatkan di dalam kitab Ibn al-Sinni dari Anas RA. berkata: Adanya Rasulullah SAW ketika selesai solatnya, beliau mengusap dahinya dengan tangannya yang kanan lalu berdoa: "Aku bersaksi bahawasanya tidak ada tuhan kecuali Dia Zat Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, YA Allah, hilangkanlah dariku kesusahan dan kesedihan" (al-Azkar, 69).

18. MENYAPU MUKA SELEPAS BERDOA - Amirulmukmin fi Hadis, Al-Hafiz Ibn Hajar AlAsqalani dalam ‘Bulurul Maram’ bab Zikr & Doa selepas beliau mengemukakan hadis menyapu muka selepas bedoa daripada Saidina Omar r.a.d yang diriwayatkan oleh Imam Turmizi, beliau menyatakan:

وله شواهد منها حديث ابن عباس رضي الله عنهما عند أبي داود وغيره ومجموعها يقضي بأنه حسن

Ertinya:  “ Ada bagi Hadis Turmizi ini (hadis menyapu muka selepas bedoa daripada Saidina Omar r.a.d) beberapa sokongan. Di antaranya  ialah Hadis Ibn Abbas r.a.d yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan lainnya. Perhimpunan riwayat-riwayat tersebut membawa kepada bahawa ianya adalah ‘Hadis Hasan’.

Manakala mengenai komentar Imam Izzuddin Abdissalam yang menyatakan perbuatan demikian adalah dari orang jahil telah diberikan penjelasan oleh ulamak dalam mazhab Asy Syafie :

Al-Allamah Al-Qadi Yahya Bin Mohd AlAryani dlm kitab beliau ‘Hidayatul Mustabshirin’, m/s 119, menegaskan:

والعمل على هذا عند أهل العلم خلفا عن سلفا اذا عرفت ذلك علمت أن ما أفتى به الشيخ عز الدين بن عبد السلام أنه لا يفعل ذلك الا جاهل محمول على أنه لم يطلع على هذه الأحاديث

Ertinya: “ Beramal di atas perbuatan ini (menyapu muka slps berdoa) di sisi Ahli Ilmu Khalaf ( para ulama yg hidup di zaman yg lebih dari 3 kurun slps Nabi) yg mewarisi drp Salaf ( para ulama yg hidup dlm 3 kurun slps Nabi). Apabila engkau telah mengerti demikian itu, maka engkau tahu bhw  apa yg telah difatwa oleh Syeikh Izzuddin Bin Abd Salam bhw tidak dilakukan demikian (perbuatan menyapu muka slps berdoa) melainkan sijahil, adalah boleh diandaikan (fatwa Syeikh Izzuddin tersebut) bhw beliau tidak  pernah memerhatikan kpd hadis-hadis ini (hadis tntng menyapu muka slps berdoa).

Nampaknya Wahhabi hanya mengambil sedikit-sedikit ijtihad ulamak muktabar yang sesuai dengan hawa nafsu mereka untuk memasukkan umat Islam ke dalam neraka tanpa melihat penjelasan dari alim ulamak yang ramai lagi dalam mazhab Asy Syafie.

19. TAREKAT DAN TASAWWUF - Imam asy Syafie menegur sebilangan ahli sufi yang tidak beramal benar-benar dengan tasawwuf (lihat Al Manaqib Al Imam As Syafi’i li Al Imam Al Baihaqi, 2/208) bukan menyatakan bahawa tasawwuf/tarekat keseluruhannya ditolak. Imam Asy Syafie misalnya pernah memuji tasawwuf dan ahli sufi -

Ismail bin At Thayyan Ar Razi pernah menyatakan,

”Aku tiba di Makkah dan bertemu dengan As Syafi’i. Ia mengatakan,’Apakah engkau tahu Musa Ar Razi? Tidak datang kepada kami dari arah timur yang lebih pandai tentang Al Qur`an darinya.’Maka aku berkata,’Wahai Abu Abdillah sebutkan ciri-cirinya’. Ia berkata,’Berumur 30 hingga 50 tahun datang dari Ar Ray’. Lalu ia menyebut cirri-cirinya, dan saya tahu bahwa yang dimaksud adalah Abu Imran As Shufi. Maka saya mengatakan,’Aku mengetahunya, ia adalah Abu Imran As Shufi. As Syafi’i mengatakan,’Dia adalah dia.’”
(Adab As Syafi’i wa Manaqibuhu, hal. 164)

Imam Asy Syafie berkata
" Saya telah suhbah dengan kaum Shufi selama 10 tahun, kemudian hanya mendapatkan pelajaran dua huruf , dalam satu riwayat tiga ungkapan :

i. Waktu itu umpama pedang, jika engkau tidak menggunakannya maka ia akan menebasmu.

ii. Nafsumu jika tidak kau sibukkan dengan yang haq (benar), maka ia menyibukkanmu dengan bathil (salah).

iii. Rasa ketiadaan daya (merasakan wujud kebesaran ALlah) itu keselamatan (terpelihara) dirimu.
(Tahqiq Haqiqah Aliyah, Sheikh al Hafiz Al Suyuti, m/s 15)

Berkata Imam Syafi'e lagi : Aku cinta kepada dunia kalian itu tiga :

a) Tidak berlebih-lebihan (sederhana)

b) Bergaul kepada orang dengan lemah lembut.

c) Meneladani cara tokoh-tokoh tasawwuf.

(Kasyful Khafa', Imam Al Ajluni, jld 1, m/s 341)

Jelas, wahhabi khianat dalam menakal kalam Imam asy Syafie yang merupakan kebiasaan ajaran wahhabi dan pengikutnya. Masih mahukah lagi mengikut ajaran Wahhabi yang mewariskan sifat munafik ke jiwa umat Islam ??

Wallahua'lam bissowab.

SEBARKAN.

Kredit - Kami Tidak Mahu Fahaman Wahhabi Di Malaysia

Friday, June 5, 2015

Khutbah Jumaat sempena gempa

[05/06 11:06 am] mat razali: السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Pada hari yang mulia ini, marilah kita menjadi hamba Allah swt yg bertaqwa. Kita melaksanakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan Allah. Mudah-mudahan Allah matikan kita sebagai hambaNya yg bertaqwa.

Firman Allah swt :-

إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ زِلْزَالَهَا (1) وَأَخْرَجَتِ الْأَرْضُ أَثْقَالَهَا(2) وَقَالَ الْإِنسَانُ مَا لَهَا(3) يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا (4) بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَى لَهَا(5) يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِّيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ (6) فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ (7) وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ (8)

Maksudnya :-

Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, Dan bumi telah mengeluarkan segala isinya, Dan manusia berkata (dalam ketakutan): Apa yang sudah terjadi kepada bumi? Pada hari itu bumi menceritakan berita-beritanya: Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berbuat demikian). Pada hari itu manusia akan keluar dari kubur masing-masing dalam keadaan berselerak untuk diperlihatkan (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan melihat (pahalanya). Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan melihat balasannya! (SURAH AZ-ZALZALAH)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah swt,

Surah al-Zalzalah mempamerkan suasana manusia ketika dikeluarkan dari kubur masing-masing, mereka dibawa untuk menjalani sesi hisab dan jaza`(pembalasan) sebelum dimasukkan sama ada ke syurga atau neraka. Dalam sesi ini, amalan setiap orang akan dihisab sama ada baik dan buruk, kecil atau besar, semuanya akan dibalas.

Mufassirin berbeza pendapat pada menentukan surah ini sama ada Madaniyyah atau Makkiyyah, namun uslub dan pengungkapannya mencerminkan nuzulnya di Makkah. Sayyid Qutb didalam tafsir fii zhilalil Quran lebih cenderung kepada pendapat kedua ini.

Namun difahamkan daripada riwayat Abu Sa`id al-Khudri ra ia diturunkan di Madinah. Kata Abu Sa`id:

لَمَّا أُنْزِلَتْ " فَمَنْ يَعْمَل مِثْقَال ذَرَّة خَيْرًا يَرَهُ وَمَنْ يَعْمَل مِثْقَال ذَرَّة شَرًّا يَرَهُ " قُلْت يَا رَسُول اللَّه إِنِّي لَرَاءٍ عَمَلِي ؟ قَالَ " نَعَمْ " قُلْتُ تِلْكَ الْكِبَار الْكِبَار ؟ قَالَ " نَعَمْ " قُلْت الصِّغَار الصِّغَار ؟ قَالَ " نَعَمْ" قُلْت وَاثُكْلَ أُمِّي[729]

Terjemahan: Tatkala diturunkan ayat “.. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan melihat (pahalanya). Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan melihat balasannya!” Aku (Abu Sa`id al-Khudri) bertanya: Bolehkah aku melihat (pahala) amalan-amalanku? Sabda Nabi saw: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah aku dapat melihat balasan dosa-dosaku yang besar? Sabda Nabi saw: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah aku dapat melihat balasan dosa-dosaku yang Kecil? Sabda Nabi: Ya. Aku berkata: Oh, malangnya nasibku.

Riwayat ini menjadi hujah kerana Abu Sa`id al-Khudri memeluk Islam sepuluh tahun sebelum Hijrah. Ini bermakna beliau belum baligh pada ketika surah ini diturunkan. Al-Maududi lebih cenderung kepada pendapat pertama.

Sidang Jumaat Yang Berbahagia ,

Tema surah ini ialah “Hari Hisab dan Pembalasan”. Surah ini mengandungi dua tajuk utama iaitu:

Pertama: Keterangan mengenai kejadian gempa bumi yang berlaku pada hari kiamat, segala makhluk yang ada dipermukaannya semuanya runtuh dan manusia yang telah mati mula keluar dari kubur masing-masing.

Kedua: Membicarakan manusia berduyun-duyun ke tempat perhimpunan untuk mendengar pembalasan atas amalan yang mereka kerjakan ketika di dunia dahulu. Pada hari ini, manusia terbahagi kepada dua golongan iaitu mukmin yang mendapat balasan yang cukup baik dan kafir yang rugi kerana tiada amalan baik yang diterima Allah daripada mereka.

Sidang Muslimin yang dirahmati Allah swt ,

Pagi ini, rakyat di Negeri Sabah telah dikejutkan dengan kejadian gempa bumi yang dirasai sebahagian tempat di negeri Sabah. Gegaran yang dirasai ini telah menimbulkan resah dan panik dalam kalangan masyarakat. Gegaran yang dianggarkan berlaku pada sekitar jam 7-8 pagi tadi turut melibatkan kerosakan kecil bagi sesetengah tempat.

Muslimin yang dikasihi Allah swt,

Firman ALLAH yang bermaksud, “Sungguh Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, dan Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan Dia pasti mengetahui orang yang dusta.” (Al-Ankabut: 3)

Imam Ibnu Katsir rh. menjelaskan dalam tafsirnya: “(Agar dibezakan) orang yang benar dalam pengakuannya dari orang yang dusta dalam ucapan dan pengakuannya. Sedangkan Allah SWT Maha Mengetahui apa yang telah terjadi, yang sedang terjadi, dan yang akan terjadi. Allah juga mengetahui cara terjadi sesuatu bila hal itu terjadi. Hal ini adalah ijma’ para imam Ahlus Sunnah wal Jamaah.”

Maka sikap kita tatkala menghadapi musibah sebegini hendaklah kembali merenung akan kealpaan kita dan segala teguran Allah swt sebagai tanda kasih sayang Allah Taala kepada kita. Hendaklah kita memperbanyakkan istighfar dan memohon keampunan Allah swt.

Barangsiapa memperbanyakkan istighfar, maka Allah akan membebaskannya daripada kesedihan, memberinya jalan keluar terhadap kesempitannya, dan akan memberinya rezeki daripada arah yang tidak disangka-sangkanya." [HR Abu Dawud].

Sidang jumaat sekalian,

Dikesempatan ini juga mimbar berpesan agar kita umat Islam tatkala menghadapi kejadian sebegini agar tidak cepat menyebarkan khabar-khabar palsu apatah lagi jika ia disulami cerita-cerita tahyul khurafat yang menjejaskan akidah. Hal ini kerana hal-hal sebegini akan menjatuhkan kita kepada bahaya syirik yang dibenci Allah swt.

عَنْ عُثْمَانَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ مَاتَ وَهُوَ يَعْلَمُ أَنَّهُ لآ إِلَهَ إِلاَّ الله دَخَلَ الْجَنَّةَ

“Barangsiapa yang meninggal dunia, sedangkan dia mengetahui bahwa tidak ada ilah yang berhak disembah melainkan Dia (Allah) nescaya akan masuk Jannah.” (HR. Muslim No. 25)

وَجَعَلْنَا فِي الأرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ بِهِمْ وَجَعَلْنَا فِيهَا فِجَاجًا سُبُلا لَعَلَّهُمْ يَهْتَدُونَ

Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani. (Surah Al-Anbiya' ayat 31)

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

siapa yang nak guna dipersilakan

Sunday, January 25, 2015

AIR TANGAN ORANG YANG TIDAK SOLAT.

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat
adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat
lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau
meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada
zaman Nabi Musa a.s.

Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki
yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu
terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat
anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."
Nak
dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki
tadi pun hamil dan melahirkan anak.
Apabila dah
dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar
nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan
syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad.
Kalau
umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka
tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah.

Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar,
walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu,
si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah
hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan
menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu
minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air
yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah
air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang
meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun
senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh
Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan
solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung
rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu
baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan
masakan ibu atau isteri kita.

Jadi, kepada muslimat
sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan
solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke
dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya.

Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang
dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak
gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat.

Tak tergamak kan?
Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni.

Pagi petang,
mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak
segelintir tukang masak yang tak solat.

Kita pun
makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab
tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati
dengan apa yang kita makan.

Betapa beratnya amalan
solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi
Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-
kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda
berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam),
"As-solah as Solah wa amalakat aimanukum".

Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan
dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah
tanggunganmu.."

p/s : Ambillah pengajaran dari kisah ini untuk ahli
keluarga kita bersama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...