Monday, September 22, 2008

Mesyuarat SMPI batch 2005/2006

Semalam... 21 September 2008 jam 10 pagi hingga 12.30 tghri, MT dan exco SMPI batch 2005/2006 telah bermesyuarat bertempat di Bilik Seminar 8, APIUM. Mesyuarat lebih berkisar kepada program2 peringkat batch pada semester ini dan semester hadapan. berdasarkan kerangka asas pentadbiran SMPI 0506. Namun banyak masa lebih tertumpu kepada program bulan puasa ni, post mortem yg dah lepas dan majlis IFTOR yang akan diadakan di Dataran Sastera esok.


Agenda pertama yang dibentangkan ketua batch; sdr Zul-khairi Mamat tentang objektif utama iaitu Membina Kepimpinan. Program yang dicadangkan oleh exco kebajikan iaitu Abang Teh merangkap biro dipertanggungjawabkan terhadap program kepimpinan ialah Operasi Khidmat Masyarakat @ OPKIM. Namun dalam mesyuarat majoriti tidak bersetuju kerana beberapa kerumitan dan birokrasi yang akan menyusahkan kerana masa dan ruang sebagai mahasiswa tahun akhir yang amat terbatas. Program yang dicadangkan ialah Kem kepimpinan yang diadakan di sebuah tempat khas seperti di Pusat Pengajian Luar UM di Gombak atau tempat yang seumpama dengannya. Cadangan ini datang dari Kam dan di sokong dengan hujah oleh saya dan Hidayat dan akhirnya dipersetujui oleh semua yang hadir termasuk Diyana yang pada awalnya mempertahankan cadangan biro kebajikan... kecuali Abang Teh kerana dia tak datang mesyuarat :p.

Agenda kedua: keilmuan. Dalam cadangan dan insyaAllah akan dilaksanakan - empat agenda penting iaitu:
1. Bengkel Latihan Mengajar - Akademik (Mac 2009)
2. Seminar Pendidikan- Akademik + kebajikan (Mac 2009)
3. Majalah SMPI -penerbitan
4. Buletin SMPI- penerbitan


Kebanyakan masa dan ruang perbincangan tertumpu kepada majlis berbuka puasa fasa dua yang akan diadakan esok. siapa yang hendak cari sponsor, siapa yang kena tempah makanan, siapa yang kena pastikan tempat dan sebagainyalah yang berkaitan. Suasana mesyuarat berlangsung dalam suasana penuh ukhwah dan ceria. Tiada bertegang leher. Hanya ada pendapat-pendapat yang bernas dan cadangan-cadangan yang munasabah. Inilah kemanisan di tahun akhir setelah masing-masing sudah matang dalam bepersatuan. Semua yang menjadi MT dan exco kali ini sememangnya yang sudah berpengalaman dalam persatuan lain. Sama ada PMI, anak negeri atau pernah menyertai program kolej. Semoga segala perancangan dalam mesyuarat kali ini direstui dan diberati Tuhan Yang Maha Merancang dan Maha Menentukan.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...