Tuesday, September 23, 2008

Tadbir Ujian Bahasa Arab

Semalam kumpulan 16 Penilaian Bahasa Arab mentadbir soalan di SMAKL. Inilah masa yang ditunggu sekian lama. Sudah banyak kali saya dengan Zulkhairi berulang alik UM-SMAKL untuk mendapatkan kebenaran mengadakan Kajian @ Assignment di sekolah agama elit Kuala Lumpur ini. Agak birokrasi pentadbirannya terutama pengetua, namun ia sedikit sebanyak mengajar kami cara sepatutnya berurusan dengan sekolah seperti SMAKL.

Bertolak selepas kuliah Penilaian Bahasa Arab, sempat saya maklumkan kepada Ustaz Azhar sebelum kuliah. Berkumpul di stesen minyak Petronas Bangsar dan sempat bergambar di sini. Masing-masing mengisi minyak kecuali Malik. Sampai di SMAKL gelisah dia sebab bimbang takut2 tak sempat sampai UM dan tidak pasti akan bertemu stesen minyak masa balik. Perjalanan pergi kurang lebih 30 minit tapi balik biasanya hanya dlm 20 minit, kalau pilih jalan yang betul lah.

Sampai di sekolah saya ambil pas pelawat di pondok pengawal, hanya seorang sebagai wakil. Sesudah letak motor, saya telefon ustazah Nor Laila, alahai keluar shoping di Mydin pulak dia. Lalu beliau guna talian hayat, ustaz Hafizi. Ustaz Hafizi mengajar Bahasa Arab tingkatan 5 dan menurut pakar Balaghah. Ustaz Hafizi menyambut kami di tangga dekat dengan bilik guru. Hanya saya dan Zulkhairi sahaja yang masuk ke dalam bilik guru dan bersembang mesra. Sempat berkenalan dan tanya daerah asal masing2. Katanya dari Tanah Merah. Tapi tak sempat berbual panjang kerana dia juga ada urusan sikit dan bangun sekejap meninggalkan kami. kemudian datang senior kami yang mengajar sebagai guru ganti, ustaz Mujahid. Dia praktikal di sini sebelum ini. Saya juga bertemu dengan Nor Hanani, senior di Akademi Pengajian Islam, kini sedang Latihan Mengajar. Dia ambil Diploma Pendidikan dan sekarang semua pelajar diploma pendidikan sedang menjalani LM.

Kami menunggu jam 3.20 kerana semasa kami sampai pelajar masih berehat. Dalam bulan Ramadhan Kareem ni semua pelajar diwajibkan berada di sekolah. Sekolah ini sesi pagi sahaja tapi kerana memang format sekolah berasrama pada waktu petang diadakan kelas persediaan atau istilah tersohornya 'prep' kependekan 'preparation'. Saya semasa di SMAP Labu dulu kena pakai baju hijau muda kalau turun prep. Baju tu lah tiap2 petang pakai takda tukar baju lain dah. Kalau kotor, malam atau pagi basuh, pastu petang konfirm kering. Tapi di sekolah ni pakai baju sekolah jugak masa prep. SMAKL bukan Sekolah Berasrama Penuh. Kata pelajar yang saya tanya, SMAKL bakal menjadi SBP. On the way kata mereka. Masa prep tamat sama, 4.30 petang cuma masa mula lain sikit.Di SMAP dulu saya ingat awal sikit.

Kerana kami akan buat ujian untuk dua kelas maka sepuluh pun kena bahagi dua. Zul jadi ketua pengawas untuk tingkatan 4 Usman dan saya tingkatan 4 Ali. Ustaz Hafizi membawa kumpulan Zul ke kelas tapi saya dan empat orang lagi - Usman Fikri, Hanif, Malik dan Che Muhsin, sendiri ke kelas 4 Ali. Lama juga menunggu pelajar masuk, terutama pelajar lelaki, lama sembahyangnya, tadarus dulu kot.

Tingkatan 4 usman berpindah dari kelas asalnya di tepi kelas 4 Ali. Kalau tidak berpindah akan memudahkan saya memantau kelas 4 usman juga. Kerana itu saya tidak sempat menjenguk keadaan kelas Usman kerana selepas setengah jam budak-budak mula nampak gelisah. Susah kata mereka. Bila ditanya dah belajar ke belum, katanya sudah belajar tapi lupa. Mungkin dah lama belajar jadi ingatan tersembunyi entah di celah mana. Maka dengan penuh kasihan saya dan kawan-kawan memberi klu kpd soalan. Ada yang tak faham apa yang soalan hendak. Ada juga yang tak faham arahan soalan. Tapi sekali-kali tidak saya berikan jawapan kpd mereka. Dalam benak saya terlintas, bagaimanalah kelas yang Zul handle.

Ustazah Nor Laila datang dalam setengah jam sebelum masa tamat. Masa menjawab 1 jam 15 minit bermula 3:45 hingga 5:00 ptg. Mengadu kat ustazah pulak budak-budak ni. Ustazah belek2 soalan. Tak ada masalah dia kata. Semua dah belajar, cuma dia tanya saya ada terangkan atau tidak maksud arahan setiap bahagian soalan... erm... jawab saya, ''tak ustazah, saya lupa.." (uuih alasan tu, huhu mana la aku terlintas nak terang.) Budak2 memang dari awal panas punggung nak bangun keluar. Nak pergi bukak puasa di Masjid Kampung Baru kata mereka. 5.30 bertolak dengan bas sekolah. Pelajar perempuan cepat2 menjawab soalan sebab nak pergi bersiap. Kebanyakan pelajar siap lebih awal dan minta keluar dahulu. Pelajar lelaki tidak lama selepas itu.

Sebelum balik saya jumpa ustazah untuk mendapatkan markah ujian sebelum ini. Lupa nak fotostat pula. Berjanji nak bagi esoknya. Kena datang pula saya. Ketika saya datang sudah ada beberapa pelajar mengerumuni ustazah. Tentang Persatuan Bulan Sabit Merah. Minta pinjam lap top ustazah hendak buat kerja persatuan. Untuk pertandingan sempena nak raya. Ustazah tak bagi sebab sudah rosak diguna pelajar. Ustazah tengok saya, minta tolong. Saya pun sanggup lagipun saya memang kena datang pula sekolah untuk ambil markah. Diberi saya kertas kuning dan duit RM 5. Saya bajet memang terlebih ni. Berapa sen sangat kalau print 'JOM KUTIP DUIT RAYA!!!'. Memang satu huruf satu helai kertas tapi tulisan hanya bingkai tepi dan kosong di dalam. takpelah, rezeki bulan puasa. Budak nak tambah duit lagi saya kata "tak payahlah". Mentang-mentang duit persatuan. Selepas minta diri maka saya cepat-cepat minta diri untuk balik dulu sebab kena pergi tadarus rumah Uncle Sultan pulak. Maka pulanglah saya merayap di jalan yang agak sesak.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...