Wednesday, August 27, 2014

Golongan Ahli Sabar

السلام عليكم ورحمةالله
بسم الله الرحمن الرحيم

'Kami sabar buat taat , dan sabar meninggalkan maksiat.'

Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab"
(Surah az-Zumar: 10)

Berdasarkan ayat di atas mereka yang bersabar akan diberikan pahala tanpa hisab, hinggakan di izinkan masuk ke syurga tanpa hisab. Sabar yang paling tinggi adalah sabar melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT tanpa soal dan sabar meninggalkan maksiat dan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah SWT.

Golongan Ahli Sabar adalah mereka yang sabar menahan diri daripada keluh kesah pada sesuatu yang tidak disukai.

Sifat sabar perlu ketika menghadapi tiga perkara berikut:

1. Menahan diri daripada keluh kesah dan menahan diri daripada mengadu kepada yang lain selain daripada Allah SWT ketika berlaku sesuatu bala atau bencana.

2. Menahan diri dalam mengerjakan segala perintah Allah.

3. Menahan diri dalam meninggalkan segala larangan Allah.

Sifat sabar itu dipuji pada syarak kerana seseorang yang bersifat sabar menunjukkan ia beriman dengan sempurna kepada Allah, dan menunjukkan ia taat dan menjunjung segala perintah agama.

Orang yang beriman kepada Allah mengetahui bahawa segala perkara yang berlaku ke atas drinya adalah kehendak Allah yang tidak dapat dielak lagi. Begitulah juga orang yang taat, tidak akan merasa susah dalam mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah SWT, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah SWT tanpa dia membawa dosa sedikitpun."
(Hadis riwayat Tirmizi).

Monday, August 25, 2014

Tiga Golongan Masuk Syurga Tanpa Hisab.

السلام عليكم ورحمةالله
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Ali bin Husain r.a (cucu Saidina Ali k.w) berkata : "Jika Allah SWT mengumpulkan orang-orang yang terdahulu dan yang akhir, maka ada seruan yang memanggil : 'Dimanakah orang ahlul fadhli? Lalu bangkit beberapa orang yang langsung menuju ke syurga, maka disambut oleh malaikat dan ditanya : 'Hendak ke mana kamu?' Jawab mereka : 'Ke syurga.' Di tanya lagi : ' Sebelum di hisab?' Jawab mereka : 'Ya sebelum hisab.' Lalu ditanya: 'Siapakah kamu?' Jawab mereka :'Kami ahlul fadhli.' Lalu ditanya : 'Apakah kelebihanmu di dunia? ' Jawab mereka :'Kami jika diganggu orang kami maafkan dan jika diperbodohkan orang kami bersabar.' Maka berkata makaikat :'Masuklah kamu ke syurga maka sebaik-baik pahala yang telah beramal'."

Kemudian ada seruan : "Di manakah ahli sabar.' Lalu berdiri sebahagian orang dan terus menuju ke syurga. Maka ditanya oleh malaikat : 'Kamu hendak kemana?' Jawab mereka :' Ke syurga,' Di tanya : 'Adakah sebelum hisab?' Jawab mereka :'Ya sebelum hisab.' Lalu ditanya : 'Siapakah kamu?' Jawab mereka : 'Kami ahli sabar.' Lalu ditanya :'Bagaimana kesabaranmu?' Jawab mereka : 'Kami sabar buat taat , dan sabar meninggalkan maksiat.' Maka berkata malaikat ;'Silakan masuk syurga , maka sebaik-baik pahala bagi yang beramal.'

Kemudian ada seruan : "Di manakah tetangga Allah SWT.?' Lalu bangun beberapa orang dan langsung menuju ke syurga. Maka ditanya malaikat: 'Kamu hendak kemana?' Jawab mereka :'Ke syurga.' Di tanya : 'Apakah sebelum hisab ?' Jawab mereka : 'Ya' Lalu ditanya : 'Siapakah kamu? Jawab mereka : ' Kami tetangga Allah SWT di bumi.' Lalu ditanya :'Bagaimana keadaan tetanggamu?' Jawab mereka :'Kami cinta -mencinati kerana Allah SWT dan korban -berkorban kerana Allah SWT dan sambung-menyambung kerana Allah SWT . Maka berkata malaikat : 'Masuklah kamu ke syurga maka sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal'."

(Petikan daripada Himpunan Hadis Modal Insan 2, Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri : Telaga Biru Sdn Bhd -Cetakan Pertama 2007)

Wednesday, August 20, 2014

Renungan

BACA UNTUK DIRI SENDIRI, EDAR UNTUK SEMUA....

Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi:

***Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia

***Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak

***Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan

***Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta

***Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa

***Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan

***Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi, sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia

***kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah

***tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia

***Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT

***Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar.

***Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita

***kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita

***kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam,solat tahajud dan bermunajat

***kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...

***tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...

***Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman

***apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala- galanya..

***setiap kali menyambut hari jadi.kita sibuk nak raikan sebaik mungkin.tetapi kita telah lupa.dengan bertambahnya umur kita...maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...

***kita patut bermuhasabah mengenai bekalan.

***ke satu perjalanan yang jauh.

***yang tidak akan kembali..dan buat selama-lamanya.

***sesungguhnya mati itu benar.

***Alam kubur itu benar, Hisab itu benar mahsyar Allah itu benar syurga dan neraka itu benar...

***Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yg byk memberi kesedaran bhw dunia sementara dan akhirat kekal abadi.

*** Penyelesaian kpd masalah hidup adalah melalui iman dan amal. Iman sebesar zarrah, Allah muliakan dgn syurga 10 x dunia.

***Jaga solat 5 waktu (amal), Allah selesaikan masalah bukan hanya di dunia malah masalah di kubur, masyar, titian sirat dan mizan.

***Dgn 5 waktu amal selesai masalah di 5 tempat.

Renung2kan dan selamat beramal.
Sharing is caring.. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...